98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Monday, April 14, 2014

Waris penumpang MH370 bakal jadi jutawan, kata akhbar

Tragedi yang menimpa keatas pesawat penerbangan kita baru-barui ini  telah begitu menggemparkan hampir seluruh dunia, kehilangan pesawat MAS MH370 ini nampaknya begitu misteri dan sukar dirungkai, segala usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mencari jejak dan punca nampaknya semakin menemui jalan buntu.

Yang terakhir sekali kita dengar, usaha mengesan kotak hitam di lautan hindi yang dilakukan bersama-sama dengan anggota ketenteraan dari negara luar yang membantu, namun usaha itu juga kelihatan tidak berjaya kerana isyarat kotak hitam yang dikesan dalam minggu lepas kini sudah lenyap.

Di muka akhbar pula, ada sebuah tajuk yang aku rasa tidak begitu mesra, ataupun kurang sesuai untuk memberitahu isinya, "Waris Penumpang Bakal Jadi Jutawan". Apalah nilainya duit jika dibandingkan dengan nyawa, lebih-lebih lagi orang tersayang. Jadi bagi pandangan aku, tajuk begini berbunyi seolah kita gembira dengan khabar pampasan tersebut. Walhal bagi mereka ( ahli keluarga penumpang ) ianya tidak memberi makna apa-apapun, lebih-lebih lagi bila mengenangkan nasib ahli keluarga mereka yang berada didalam pesawat yang tidak diketahui kemana hilangnya.

keratan akhbar


Seharusnya kita lebih peka dengan keadaan sekeliling sebelum membuat sesuatu ulasan, lebih-lebih lagi berkaitan dengan isu panas, agenda berat seperti kehilangan MH370 ini. Memang benar, susah kita nak jaga hati semua orang. Tapi jangan sakitkan hati walau 1 orang. Ini sekadar pandangan peribadi aku sendiri dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Jika penulis artikel tersebut membaca apa yang aku tulis ni, anggaplah seperti teguran dari seorang kawan. Tidak lebih dari itu. Kita manusia memang lah takkan terlepas dari berbuat silap.

Walau apapun, Rakyat Malaysia khususnya, teruskanlah berdoa agar diberikan pertolongan  petunjuk oleh Yang Maha Kuasa supaya kita dapat menemukan kembali MH370 walau secebis pun.. InsyaAllah..