![]() |
Keratan akhbar harian metro semalam mengenai seorang pensyarah yang mencabul pelajar. |
Paling terbaru, panas macam cempedak goreng, seorang pensyarah terkenal di UITM Arau Perlis telah dituduh meraba seorang pelajarnya semasa pelajar tersebut mengulang kaji pelajaran matematik.
Prof Izzi Haji Ali atau kita lebih kenal dengan tagline beliau "Renung-renungkan dan selamat beramal" itu telah dituduh meraba Nurul Shahada Bt Shahadan semasa beliau hendak bertanyakan tentang subjek yang diajar.
Kejadian ini begitu menggemparkan seluruh UITM Arau kerana melibatkan seorang pensyarah yang cukup terkenal ketika ini dan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Nurul dilaporkan terpaksa merelakan perbuatan tidak senonoh pensyarah tersebut terhadapnya kerana bimbang akan gagal dalam peperiksaan.
![]() |
Laporan polis yang dibuat oleh Nurul |
Pandangan aku pula, perkara ini amatlah begitu tidak patut tidak harus terjadi kerana ini bukan perkara kecil yang boleh dibawa main. Jika benar pensyarah tersebut melakukan demikian, Nurul sepatutnya mempertahankan maruah beliau walau atas apa alasan sekalipun, bimbang gagal dalam pelajaran yang diajar bukan lah satu alasan yang kukuh untuk menggadaikan maruah.
Namunpun begitu, diharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dalam perkara ini dan yang bersalah pastinya perlu dihukum.