98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Tuesday, April 22, 2014

Setia Sampai Hujung Nyawa



Tertarik aku dengan salah satu berita yang disiarkan dalam Harian Metro hari ini, mengenai pasangan warga emas yang berasal Ohio yang kekal bersama hingga ke akhir hayat. Yang paling menyayat hati adalah bilamana si Suami, Cody turut meninggal 15 jam selepas Isteri beliau Helen Flumlee meninggal dunia. Boleh lah jika aku katakan ini 'Setia Sampai Hujung Nyawa'.


Menurut berita HM hari ini, pasangan tersebut masih lagi berpegangan tangan ketika menikmati sarapan walaupun sudah berkahwin selama 70 tahun.

Anak pasangan itu, Linda Cody berkata, mereka memang dapat merasakan kematian Helen bakal dituruti bapanya tidak lama selepas itu. 

“Malah, kami memang mahu mereka kekal bercinta sehingga ke nafas yang terakhir dan nampaknya itulah yang berlaku"


Ini boleh juga dijadikan contoh kepada generasi zaman sekarang yang pada masa kini banyak timbul hal rumah tangga yang tidak aman dan banyak juga kes-kes perceraian yang berlaku ketika usia perkahwinan yang terlalu muda.