98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Friday, April 25, 2014

Terlalu Kerap 'Jogging' Boleh Jadi Pendek Umur



Satu kajian terbaru yang dibuat oleh para Saintis di Amerika Syarikat ( AS ) menyatakan bahawa terlalu kerap berjogging boleh menyebabkan 'pendek umur'. Laporan dari www.mirror.co.uk menyebut bahawa mereka yang tidak bersenam langsung pun mempunyai jangka hayat yang pendek dan mereka yang bersenam secara sederhana saja yang mempunyai jangka hayat yang panjang.

Walau bagaimanapun, para saintis tersebut masih belum mengenal pasti apakah punca sebenar mereka yang gemar ber'jogging' ini mempunyai jangka hayat pendek, mungkin ia melibatkan kesihatan jantung.


Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Kardiovaskular Lehigh Valley Healt Network di Pennsylvania, AS telah melakukan kajian ini terhadap 3800 pelari yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang berusia lingkungan purata 46 tahun.

Para penkaji turut menganalisis jenis-jenis ubatan yang diambil oleh peserta dan samada peserta mempunyai penyakit darah tinggi, diabetis atau mempunyai sejarah menghisap rokok namun tiada satupun dari antara faktor tadi menjadi sebab kepada menyurutkan jangka hayat.

Pandangan aku, mungkin apabila kita berlari, berjogging, jantung kita akan berdegup kencang daripada biasa, mungkin disebabkan itulah, apabila terlalu kerap berjogging, jantung tidak mempunyai cukup masa untuk berehat, iaitu hanya berdegup biasa.

Jantung manusia tidak pernah berehat sejak lahir sehinggalah meninggal dunia ataupun diserang penyakit, jadi oleh itu paksaan degupan laju terhadap jantung yang berlebihan mungkin akan memudaratkan.