98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Saturday, April 5, 2014

Fakta : Kenapa orang tempatan tidak berminat menjadi Pengawal Keselamatan

Keputusan bancian dari salah sebuah laman web akrbar tempatan
Gambar di atas tu diambil dari keputusan bancian sebenar yang dijalankan oleh salah sebuah laman web akhbar tempatan pada hari ini ( 5 april 2014 ) tentang mengapa rakyat tempatan tidak berminat menjadi pengawal keselamatan di negara ini sejak dari dulu hingga sekarang.

Daripada sebanyak 71 ribu pengundi, 55% daripadanya memilih Gaji Rendah adalah menjadi punca paling besar sekali selain daripada tiada prospek, waktu kerja, risiko bahaya dan taraf rendah.


Tidak dinafikan, memang gaji pengawal keselamatan dalam negara kita ini rendah tak tidak berbaloi dengan risiko bahaya yang ditanggung oleh pengawal. Tugas pengawal keselamatan adalah untuk menjaga keamanan dan harta benda dikawasan yang dikawal dan sudah tentu ini melibatkan nyawa apabila kawasan dikawal itu dimasuki penjenayah dan sebagainya.

Kita ambil contoh pengawal di Bank, ada saja kita dengar rompakan bank, kedai emas dan sebagainya yang selalunya dikawal oleh pengawal keselamatan dan risiko bahaya di premis-premis sebegini amatlah tinggi, bila ditanya tentang gaji, apa yang kita dengar amatlah tidak berpatutan dengan risiko yang ditanggung.

Pengawal keselamatan jika bekerja 24 jam x 7 hari seminggu pun, dalam sebulan gajinya tidak sampai pun RM1500 dan ini amatlah menyedihkan lebih-lebih lagi jika yang mempunyai keluarga, anak-anak sekolah yang perlu ditanggung, dengan kos sara hidup yang semakin hari semakin naik.

Akan tetapi, baru-baru ini setelah dilakukan penyelarasan gaji minima oleh Perdana Menteri DS Najib Razak sebanyak RM900 sedikit sebanyak telah membantu golongan bawahan seperti ini. Jika dulu, mungkin ada sesetengah dari kau orang yang tak tahu, Gaji Basic pengawal ada RM400 - RM600 sahaja. Akan tetapi, ada juga segelintir syarikat pengawal keselamatan yang pandai main "pusing-pusing". setelah diumumkan gaji minima 900 oleh PM, mereka potong pula elaun yang diberikan kepada pengawal untuk mengurangkan kos syarikat. Sedangkan klien membayar mereka dengan harga yang tinggi untuk satu kepala dan hanya secubit sahaja yang diberikan kepada pekerja bawahan dan selebihnya masuk tekak sendiri. Apabila khidmat keselamatan menjadi satu bisnes, ini lah jadinya.