Dunia Itu Bulat, Sentiasa Berputar Hingga Satu Ketika Ia Akan Terhenti Dengan KuasaNya
98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7
Friday, April 4, 2014
Terkini mengenai MH370
Setelah beberapa fasa dijalankan oleh pelbagai negara yang menyertai dalam misi mencari pesawat MH370 yang hilang secara misteri kini berada pada fasa mencari didalam air bagi mengesan isyarat kotak hitam milik MH370.
Beberapa kapal milik tentera laut Australia dan juga Biritish akan memulakan misi mencari dan mengesan kotak hitam disekitar 240km di lautan Hindi bersama bantuan daripada tentera laut Amerika Syarikat.
Misi pencarian ini akan menumpukan kepada mengesan isyarat dari kotak hitam yang kini dikatakan semakin lemah.
MH370 yang dikatakan telah berakhir dilautan Hindi kini menjadi begitu misteri sehingga alatan yang begitu canggih digunakan sekalipun, masih tidak dapat menemukan walau satu bukti pun. Walau bagaimanapun, marilah kita sama-sama terus berdoa akan diberikan petunjuk dan jalan oleh Nya dalam menemukan pesawat ini serta keselamatan penumpang-penumpang didalam nya.