98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Saturday, April 5, 2014

Mati selepas merompak

"Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ketanah jua" pepatah dulu ada benarnya.

Seorang perompak a.k.a penyamun mati didalam kemalangan yang melibatkan sebuah kereta SUV , berita awal mengatakan kejadian samun yang berlaku di Jalan Warisan Indah, Kota Warisan itu telah dilakukan oleh 3 orang dipercayai berbangsa melayu yang menaiki motosikal.

Dalam pada masa yang sama jiran mangsa melihat kejadian dan terus mengejar suspek ketika mereka melarikan diri, sesampai di salah sebuah simpang berdekatan tempat tersebut, salah sebuah dari motorsikal suspek telah berlanggar dengan sebuah kereta SUV yang menyebabkan mangsa tercampak dan terseret diatas jalan , dan disahkan meninggal disitu juga.

Awal-awal lagi Tuhan dah bayar tunai terhadap perlakuan mereka, semoga ini menjadi pengajaran buat yang lain. 

Walau bagai manapun, kita sebagai manusia biasa tidak berhak untuk menghukum, semoga beliau diampuni oleh Allah SWT atas segala perbuatannya.