*Gambar hiasan
Setelah agak sekian lama berita pembuangan bayi reda, kini telah bermula lagi, insan kecil yang menjadi mangsa serakah manusia yang bergelar Ibu dan Bapa kini.
Seorang bayi lelaki telah ditemui dibuang ke dalam Tong Sampah di Lorong Lebuh Pulau Pinang 2, Jalan Meru Klang hari ini oleh seorang manusia yang tidak bertanggung jawab.
Bayi yang tidak bersalah itu dianggarkan berusia lebih kurang seminggu ditemui di balut menggunakan plastik hitam ( plastik sampah ) oleh orang awam pada jam 11 pagi semalam yang melalui kawasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Shukor dihubungi mengesahkan kejadian dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan pada bayi itu & kini telah dihantar ke hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat. Mungkin ada yang terlihat kejadian yang mencurigakan atau sebagainya.