98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Monday, April 21, 2014

Pesawat MH192 Mendarat Cemas Di KLIA



Pesawat penerbangan MH192 Malaysia Airlines dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.09 malam ke Bangalore yang terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur setelah mengalami masalah teknikal gear pendaratan sewaktu berlepas.
Bagaimana pun pesawat berkenaan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 pagi, Isnin dan kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat. 
Pesawat yang membawa 166 orang penumpang itu yang terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal dikatakan mengalami kerosakan gear pendaratan dan telah berlegar di udara sekurang-kurangnya empat jam bagi menghabiskan sebahagian besar minyak pesawat untuk mengurangkan beban berat sebelum selamat mendarat semula di KLIA pagi semalam.
Pesawat MH192 Boeing 737-800 dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam. 
Sementara itu, penumpang pesawat MH192 turut kagum dengan langkah keselamatan yang dilakukan oleh kru pesawat berkenaan semasa dalam keadaan kecemasan begini.