98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Friday, April 25, 2014

Amin Idris Personaliti Al-Hijrah Diugut Lagi



Rentetan daripada kes yang sebelum ini yang menimpa personaliti TV Al-Hijrah Saudara Amin Idris yang ditimpa fitnah besar oleh orang yang hanya dikenalinya melalui 'Skype' yang cuba melakukan perkara luar jangkaan beliau.

Kali ini Saudara Amin Idris diugut lagi untuk memberi wang sebanyak RM20,000 ringgit kepada orang tersebut jika tidak mahu kerjayanya dimusnahkan dengan penyebaran video 'aib' yang melibatkan Amin.
Amin memberitahu semasa ber'Skype' dengan orang itu, dia telah meminta amin untuk bangun dan duduk yang pada mulanya disangka mungkin untuk pengenalan diri, rupa-rupanya orang itu telah merakamnya dan meng'edit' video tersebut menjadi suatu video yang mengaibkan.

Menurut Amin lagi, kejadian ini mula berlaku pada hujung Mac lalu apabila ada seorang pengguna facebook menggunakan nama Stevan Cruz menghubunginya dan menjemput Amin untuk mengadakan satu ceramah untuk pekerja Kilang di Filipina dan seterusnya dia menjemput Amin untuk berbincang menggunakan Skype dan tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku.