98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Friday, April 25, 2014

Liang Lahad Bercahaya Semasa Mengebumikan Satu Jenazah Wanita

Ruang liang lahad yang tiba-tiba bercahaya

Subhanallah, Maha Suci Allah yang Maha Segala, di dunia lagi Dia telah menunjukkan pembalasan atas kebaikan dan pahala yang dibuat oleh hambaNya semasa hidup.

Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering yang liang lahad dikatakan telah bercahaya semasa proses mengebumikan seorang jenazah wanita yang dikenali sebagai Kak Lin.


Daripada sumber, Kak Lin semasa hayat nya adalah seorang yang baik dan ketika arwah sakit, beliau tidak henti mengucap Zikrullah sehinggalah ke nafas yang terakhir. Kak Lin, sesungguhnya aku mencemburui kematianmu.

Wajah jenazah juga dikatakan kelihatan tenang dan berseri-seri selepas dimandikan dan dikafankan. Mungkin terdapat hikmah disebalik kejadian ini dan juga mungkin ini lah ganjaran buat hambaNya yang tidak putus-putus mengingatiNya.

Sebagai umat Islam, sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepadanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan bersama-sama orang yang beriman. Amiinn...