Tadi duk belek-belek harian metro online, tiba-tiba tertarik plak dengan satu tajuk ni berbunyi "Mohon cerai isteri tak tahu masak" MasyaAllah.. ada jugak macam ni ya? rasa nya amat jarang lah kes sebegini berlaku.
Menurut laporan akhbar tersebut, mentua si isteri telah datang berjumpa dengan orang tuanya dan memaklumkan yang dia membawa si suami ni ke mahkamah untuk memfailkan cerai terhadap si isteri. Kita tak mahu
bersangka buruk terhadap sesiapa, tapi logik akal kah, alasan yang seremeh ini hendak di bawa ke mahkamah?
Kata si isteri lagi, dia dan si suami tak pernah pun bergaduh dan hidup dalam keadaan aman, tiba-tiba sahaja perkara ni berlaku dan sudah pastilah mengejutkan beliau. Dia juga sedih apabila melihat keluarga mentua juga membelakangkan beliau dalam membuat keputusan soal hidupnya apabila perkara ini dilakukan senyap-senyap dan hanya diketahui melalui keluarga sendiri.
Apa-apapun, diharap si suami dapatlah berfikir panjang, kenapa harus meruntuhkan masjid yang sudah dibina, kalau ada cacat celanya, itu boleh diperbaiki dan hiaskan sebaiknya.