Maaf la mungkin aku agak terlewat sikit untuk tulis pasal isu ni, mungkin ada lagi antara korang yang tak tahu, baru-baru ni ada lah terdengar bahawa pihak Bank dah mula menghubungi keluarga mangsa MH370 untuk minta membayar balik hutang yang dibuat oleh mangsa sebelum ini.
Bapa kepada Mohd Razahan Zamani, memberitahu kepada media bahawa pihak bank ada menghubungi beliau berkenaan pinjaman perumahan anak nya itu yang dibuat sebelum ini. Pihak bank meminta surat pengesahan daripada Malaysia Airlines (MAS) yang menyatakan bahawa anaknya itu bersama menantu turut berada didalam pesawat MH370 yang sampai kini tidak dapat dikesan.
"Jadi sekarang saya perlu menghubungi MAS untuk mendapatkan surat tersebut dan membincangkan langkah seterusnya untuk dibuat" ,pihak MAS juga ada membuat lawatan kerumahnya untuk menyampaikan gaji anaknya itu dan memuji usaha dan kerajinan Mohd Razahan selama berkhidmat dengan MAS.
jadi begitulah, walau apa sekalipun, hidup mesti diteruskan. suka tak suka, hutang pun mesti dibayar, pihak bank pun mempunyai polisi mereka sendiri dan tindakan yang diambil pun mengikut polisi dan peraturan yang dah ditetapkan, cuma disini aku harap akan adalah suatu pertimbangan yang sewajarnya diambil oleh MAS pihak kerajaan, dan lain-lainnya dalam membantu pihak keluarga mangsa ini.
Ada diantara keluarga mangsa yang mungkin mak ayah yang sudah tua dan berumur, bagaimana mereka hendak menyelesaikan hutang-hutang anak mereka? Ada juga yang sebelum ini keluarga disara oleh anak-anak mereka yang kini sudah hilang dan terpaksa bekerja semula memerah keringat demi sesuap nasi. Ibarat kata pepatah " Sudah Jatuh Di Timpa Tangga " .. belum pun tamat kisah tragedi misteri ini yang melibatkan orang tersayang, datang pula masalah lain yang menimpa.
Ada juga dari mangsa yang mempunyai Insuran perlindungan yang diambil sebelum ini, dan pihak insuran telah pun membuat pembayaran kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat, itu lah kepentingan insuran, aku tahu, ramai antara kelompok kita tidak dilindungi insuran nyawa, kebanyakannya hanya insuran kenderaan, itu pun terpaksa bayar sebab nak hidupkan roadtax, insuran nyawa tak bayar pun tak apa polis takkan saman. Tapi itu lah hakikat, bila terjadi kes-kes yang tidak disangka begini. Walaupun mungkin tidak berbaloi, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu keluarga kita bila kita tiada kelak selain dari duit KWSP.