98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Thursday, April 17, 2014

Pelatih Polis Wanita Terberanak Dalam Tandas HKL



Pada jam lebih kurang 11 pagi kelmarin, ada satu berita seorang Pelatih Polis Wanita dikatakan telah terberanak di dalam tandas Hospital Kuala Lumpur ( HKL ).

Kejadian itu disedari oleh salah seorang kakitangan hospital disitu dan bantuan kecemasan terus diberikan kepada wanita tersebut dan menyelamatkan bayi yang dilahirkan
.Pelatih yang berusia awal 20'an itu dipercayai cuba untuk merahsiakan kehamilannya sebelum melahirkan bayi itu didalam tandas berhampiran Jabatan Kecemasan HKL.

Wanita itu dan bayinya kini dilaporkan stabil.selepas menerima rawatan di hospital tersebut. Siasatan awal mengesahkan bahawa pelatih tersebut telah melalui saringan ujian air kencing pada 21 Jan dan disahkan Negatif oleh Jabatan Pathologi HKL. 
Saiz badannya pelatih ini yang kecil sukar menampakkan tanda-tanda kehamilan semasa beliau menjalani latihan di Pusat Latihan Polis. Beliau dirujuk ke HKL setelah mengadu mengalami bengkak di kaki dan kurang sihat.
Selepas melahirkan bayi, pelatih telah membuat pengakuan bahawa semasa ujian air kencing dijalankan, beliau telah mencampurkan air ke dalam sampel air kencing bagi mengelakkan terkesannya hormon kehamilan.
Berasaskan pengakuan pelatih tersebut, PDRM berharap tidak wujud sebarang spekulasi negatif dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian ini.