Baru ni mungkin kita semua mengetahui tentang kemalangan bas ekspress di Bentong yang telah meragut 3 nyawa dan ramai jugak yang cedera. Dan terbaru ada yang mendakwa pemandu bas tersebut asyik duk ber'SMS semasa memandu selain daripada bawa laju.
 |
Gambar Hiasan* |
Jika betul lah apa yang didakwa tersebut, memang tidak patut sangat lah dan tindakan yang sewajarnya patut diambil. Kerana kecuaian diri, orang lain yang menjadi mangsa. Dari dulu pun kita sentiasa diingatkan untuk tidak menggunakan henset ketika memandu apatah lagi menaip SMS.
Walau apapun, sama-sama kita tunggu siasatan polis terhadap isu ni, pemandu bas ekspress tu pun sedang dirawat di hospital bersama penumpang lain yang cedera di 3 hospital berlainan dan dilaporkan stabil.
Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amiiinn...