Setelah lama kita tak mendengar tentang kemalangan Bas Ekspress yang meragut nyawa penumpang. Hari ini kita dikejutkan lagi dengan berita yang menyedihkan ni. Sebuah bas ekspress yang dalam perjalanan dari Putrajaya menuju ke Kota Bahru, Kelantan telah terbabas dan terbalik di Kilometer 11, Jalan Kuala Lumpur - Kuantan, dekat Bukit Jelebu dekat Bentong Pahang.
Berikutan kejadian tersebut, 3 penumpang telah maut dan ada yang cedera parah dan telah dihantar ke Hospital Bentong.
Dari sumber yang aku baca, bas 2 tingkat tersebut dikatakan sedang memotong beberapa kenderaan lain dan tiba-tiba hilang kawalan yang menyebabkan ianya terus terbalik.
Pegawai bertugas IPD bentong Insp Nurhuda ketika dihubungi menjelaskan 3 penumpang yang maut itu terdiri daripada 1 wanita dan 2 lelaki, identiti belum dikenalpasti.
Kadang-kadang memang tidak dapat dinafikan yang bas ekspress selalunya dipandu laju lebih-lebih lagi ketika waktu tengah malam dimana majoriti penumpang semua telah nyeyak tidur. Aku sendiri selalu menggunakan perkhidmatan bas ekspress untuk balik ke kampung dan sebagainya, tapi itulah, Malang Tidak Berbau.
Salam Takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat, semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam yang meninggal.