98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Saturday, April 26, 2014

Gadai Maruah Isteri Kerana Judi



Bukan sahaja cerita sebegini kita lihat dalam drama TV yang dilakonkan oleh artis kita, dalam sedar tak sedar ia berlaku di alam nyata. Seorang isteri dilacurkan oleh suami sendiri akibat kalah judi. MasyaAllah..

Episod sedih hidup wanita ini bermula selepas beberapa bulan berkahwin dengan kekasih hatinya setelah kira-kira dua tahun bercinta.
“Ketika bercinta, saya tidak tahu bahawa dia kaki judi dan tidak pernah bersikap ganas pada saya. Tetapi selepas beberapa bulan berkahwin dan saya mengandung, baru sikap sebenarnya timbul,” katanya.

Suaminya, pekerja swasta berusia 30-an rupa-rupanya kaki judi dan lebih memeritkan apabila setiap kali kalah pertaruhan, Zura akan dipaksa melacur bagi mencari wang mudah membayar hutang judi lelaki itu.

Cukuplah. Sudah setahun saya menanggung azab neraka dunia ini. Saya ada bayi kecil yang mahu dibesarkan dalam suasana keluarga sebenar, bukan dalam kehidupan begini,”

Beliau juga memberitahu bahawa dia hampir keguguran akibat dipukul oleh suaminya apabila tidak mahu mengikut arahan.

Sepatutnya seorang suami tugasnya adalah menjaga isteri dengan baik, tapi ini sebaliknya. Oleh sebab itu juga lah agama Islam cukup melarang keras amalan judi. 

KOMEN ANDA