Beberapa tahun yang lalu, bahagian Biologi Manusia di University
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini, bau ketiak lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan uji kaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh tergoda dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam kajian yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh memeranjatkan. Selain boleh menceriakan mood, aura ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang berasa tertekan.
P/s : Kepada kaum hawa, kalau nak tahu boleh try dengan suami anda jika yang sudah berkahwin, kalau bujang, boleh try dengan adik beradik anda jika ada. Hahaha