Kawasan Bukit Minyak, Pulau Pinang digemparkan dengan penemuan mayat baru yang diletakkan ditepi jalan dan dibungkus menggunakan kanvas biru.
Penemuan ini disedari oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut iaitu di lorong 4, kawasan perindustrian Bukit Minyak.
Mengikut sumber, penemuan ini adalah yang ketiga sejak Januari dan Februari lepas. Pihak polis yang menerima laporan telah hadir ke lokasi.