98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Thursday, April 24, 2014

Harta Karun Dijumpai Di Pulau Nangka Ayer Keroh

Gambar Hiasan


Terbaca satu berita pada hari ini mengenai penemuan satu tempat dipercayai terdapat Harta Karun milik kesultanan Melaka yang mungkin telah berusia beratus tahun. Kalau betul lah, maka ini menjadi sejarah dalam Malaysia menemui tempat simpanan harta karun. 

Pulau Nangka, yang terletak kira-kira 4km dari pulau ptama negeri Melaka iaitu Pulau Besar dipercayai tersembunyi satu gua yang menyimpan berbillion ringgit nilai harta karun dan kini usaha mencari nya semakin menampakkan hasil apabila satu pintu rahsia telah berjaya ditemui oleh pihak pengkaji yang dilantik oleh kerajaan Melaka.
Harta tersebut dipercayai adalah milik kesultanan Melayu Islam Melaka dari sejak dulu lagi, difahamkan juga, sebelum ini telah ada usaha mencari dan mengeluarkan harta karun ini yang bermula sejak 1980 namun usaha tersebut gagal.

Ketua Menteri Datuk Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut.
"Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar," kata ketua menteri.
Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus.
Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun.