Ini kata Erma di Instagram beliau :
Status Erma di instagram beliau |
Bila MELAYU berkata-kata ! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dgn lutut berkata kata dgn siku. Soal hukum tdk ada sesiapa mampu mempertikaikanya.TAPI menghukum bukan kerja yg tuhan tugaskan kpd manusia. AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN
! Kalian BENAR kerana menjadi juri d bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian! Andai KEMBAN membawa ku ke neraka...aku redha...TAPI aku ada tugas yg besar yg harus ku laksanakan utk melengkapkan hidup aku di ats bumi Allah ini. Bukan hanya utk agama tetapi juga utk bangsaku. Jadi kpd yg berniat utk mengutuk...silakan...ianya tidak sama sekali meninggalkan kudis ke ats aku. TAPI kepada yg menegur, terima kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tdk akn menghalalkan cara. Tp sejarah bkn sesuatu yg bole di tukar suka2 dan bila2. Salam maaf dr sy. Kpd yg sudi...jemput2lh menonton TAKHTA sy bila d tayangkan nanti. NAMUN jgn hanya d tonton KEMBANNYA...di lihat juga bgaimana kekuatan sebuah empayar Melaka runtuh kerana rakyatnya demdiri.76
Berkali-kali aku baca luahan kakak Erma kita ni, aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena. Rasanya tak perlu aku huraikan, korang semua nilai sendiri sedalam-dalamnya.
Memang benar kita tidak berhak untuk menghukum seseorang diatas muka bumi ini,sebab itu lah Tuhan telah menurunkan Kalamullah, sebagai panduan hidup. Manusia sebagai khalifah diatas muka bumi ditugaskan untuk menyampaikan.
Tak perlu jadi ustaz dan ustazah untuk menyampaikan perkara baik dan menegur kearah perkara baik. Walau apa pun, diharap kak Erma nilai balik, apa yang baik kita sama-sama ambil , yang tak baik sama-sama kita tinggal.