Pada siri lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama semalam, beliau turut dibawa menziarahi Masjid Negara oleh Imam Besar Masjid, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Dalam masa itu, Imam turut mengambil kesempatan untuk meyuarakan dan merayu kepada Obama untuk menghentikan penindasan terhadap umat islam di seluruh dunia dan Obama menjawab "doakan saya" kepada Ismail.
Bagi aku, tindakan Imam Besar kita ini patut dipuji, kerana keberanian beliau menyuarakan tentang perkara tersebut kepada Presiden AS ini. Ismail juga berkata, Obama mengakui pada setiap pagi selepas bangun dari tidurnya beliau sentiasa berusaha untuk menghentikan penindasan dan konflik terhadap masyarakat sedunia.
Ismail turut kagum dengan kebolehan Obama memahami bahasa Malaysia yang menjadi bahasa perbualan antara mereka pada masa itu, seperti yang kita sedia maklum, Obama dahulunya pernah tinggal di Indonesia, dan mungkin sebab itu lah beliau boleh bertutur dalam Bahasa, dan boleh memahaminya dengan baik.
Di sebalik perbendaharaan kata yang terbatas, Obama kerap kali menjawab "Insya-Allah" dan "Terima Kasih," katanya.
*Sumber
KOMEN ANDA