98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Monday, April 28, 2014

Pelakon Veteran Sidek Hussain Meninggal Dunia



Pelakon Veteran , Sidek Hussain, telah kembali ke Rahmatullah  pada jam 11.55 malam semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser tahap empat yang dihadapinya..

Allahyarham dimasukkan ke HKL sejak Selasa lalu selepas keadaan kanser di pipinya semakin serius dan komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.
Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi isterinya Sebiah Sulaiman.

Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru.

Allahyarham pernah membintangi filem Karak terbitan KRU Studios dan beberapa lagi filem tempatan.

Sama-sama kita sedekahkan surah Al-fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

KOMEN ANDA