98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Wednesday, April 16, 2014

Antara Kawan Dan Sahabat

Hari ni aku nak alih topik sekejap, rasanya topik masih tak lari banyak jugak sebab ini lah yang berlaku dalam dunia sekarang.

Definisi kawan dan sahabat tidak berapa jauh berbeza, cuma dari segi pendekatan, pengenalan hati budi yang membuatkannya menjadi berbeza sedikit.



Seorang sahabat yang sebenar bukan mudah kita temui, walaupun berkawan dari kecil, itu tidak menjamin kawan itu boleh menjadi seorang sahabat. Sahabat ini dikategorikan sebagai pertalian yang cukup erat kearah persaudaraan. Kadang-kadang, seorang sahabat adalah lebih dekat daripada keluarga bilamana ada sesetengahnya suka menceritakan masalah dan sebagainya kepada seorang sahabat daripada menceritakan kepada ahli keluarga sendiri.


Seorang sahabat diibaratkan seperti tidak dapat dipisah, namun begitu, sahabat sendiri boleh menjadi musuh jika hubungan yang baik itu tidak dijaga dengan betul oleh salah seorang darinya. ada sebuah kata pujangga inggeris mengatakan

"Friendships or relationships will fail if it’s only one person trying hard to keep it together."



yang bererti jika hanya seorang sahaja yang menjaga hati sahabatnya, dan tidak sebaliknya, maka hubungan itu kelihatan tidak dapat bertahan lama. Jadi perlulah ada sifat persahabatan pada individu masing-masing supaya persahabatan dapat dikekalkan dan menjadi lebih baik.

Kawan pula adalah seseorang yang sekadar kita kenali, mungkin lama mungkin baru, kenal di pejabat, di masjid, dan sebagainya. Tidak semua perkara kita akan menceritakan kepada seorang kawan.

Kawan ketika senang, mudah kita temui, tak perlu kita cari dan mereka akan datang dengan sendirinya.

Ketika kita berduit, berharta, ramai yang mendampingi kita, terasa diri semacam raja , dipuji dan sebagainya. dan apabila kita 'jatuh', ditimpa kesusahan, kawan-kawan yang ramai tadi semua hilang entah kemana, yang tinggal hanyalah kawan sejati ataupun dikatakan itulah "sahabat" yang bersama ketika senang dan susah.