![]() |
raja bomoh dilihat sedang melakukan upacara menghalau 'Puaka' di KM 301.6 lebuhraya |
2-3 hari lepas, kita dikejutkan lagi dengan kematian orang politik ternama, Mendiang Karpal Singh telah terlibat dalam kemalangan di Gua Tempurung dan menyebabkan kematiannya
. Raja Bomoh ini telah pergi ke lokasi kemalangan tersebut untuk upacara yang dikatakan beliau menghalau makhluk halus yang menyebabkan banyak kemalangan disitu.
Kata Raja Bomoh itu lagi, kejadian yang menimpa KS adalah disebabkan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran dikawasan tersebut terutama pada waktu malam.
“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.
“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.
Memang tidak kita nafikan kewujudan makhluk halus ini walau dimana-mana sahaja pun, kita sebagai orang Islam hendaklah sentiasa meminta pertolongan daripada Allah SWT dari segala jenis gangguan syaitan dan sebagainya.