Dunia Itu Bulat, Sentiasa Berputar Hingga Satu Ketika Ia Akan Terhenti Dengan KuasaNya
98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7
Wednesday, April 23, 2014
Wanita Yang Dirogol Patut Digantung Sampai Mati????
Dalam dunia ni semua orang tahu mengenai istilah 'Rogol' ataupun dinamakan seks paksa yang biasanya berlaku keatas wanita yang menjadi mangsa jenayah seksual ni. Dinegara kita, kita melindungi wanita-wanita yang teraniaya seperti ini, tapi berita yang terbaru ni amat mengejutkan aku bila membacanya. apabila ada statement yang keluar mengatakan wanita yang dirogol patut digantung bersama-sama perogol. Gila??
Seorang senior member parti sosial di India Abu Azmi, mengatakan beliau menghendaki apabila seorang wanita telah dirogol atau dipaksa melakukan seks, maka hukumannya adalah digantung sampai mati bersama-sama si perogol.
"Perogol boleh dikenakan hukuman gantung mengikut ajaran Islam disini, tapi tidak kepada wanita yang dirogol, hanya lelaki, walaupun wanita itu bersalah" katanya.
"Wanita, samada yang sudah berkahwin atau bujang, yang melakukan seks, walau dengan rela atau terpaksa, harus digantung, tambahnya.
Inilah statement yang paling gila pernah aku dengar, memang ajaran Islam itu Adil, dimana ia akan menghukum orang yang berbuat jahat sahaja dan membela orang yang teraniaya. Aku tak tahu ajaran apakah yang dipakai oleh Abu Azmi ini. Sebab setahu aku, semua agama yang ada samada Kristian, Hindu, dan sebagainya tidak akan menganiaya orang yang telah teraniaya.
Selain itu, ketua parti Mulayam Singh Yadav turut menambah, bahawa lelaki yang bersabit kesalahan harus dimaafkan atas slogan 'Boys will be Boys'.