Kejadian yang berlaku jam 1.38 tengah hari semalam di Masjid Al Hasanah atau lebih dikenali sebagai Masjid Hijau, Bangi ini telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) didalam pejabat tersebut.
Dalam masa seminit lebih sahaja, penyamun dalam rakaman ini dilihat menyapu barang berharga yang terlihat olehnya termasuk komputer riba dan telefon pintar yang ditinggalkan kakitangan pejabat.
Berdasarkan rakaman CCTV, pejabat tersebut dipercayai tidak berkunci sekaligus memudahkan kerja penyamun ini masuk dan mengambil semua barangan kepunyaan kakitangan masjid.
Kejadian ini berlaku mungkin kerana kakitangan Masjid tidak mengesyak apa-apa kerana ini melibatkan Masjid. Menurut sumber, penyamun ini menaiki kereta Proton Saga berwarna emas, tetapi no pendaftaran tidak diketahui.
Diharapkan semoga dengan tersebarnya rakaman ini, dia akan dapat diberkas segera.
(Dari Sumber)
KOMEN ANDA