Dunia Itu Bulat, Sentiasa Berputar Hingga Satu Ketika Ia Akan Terhenti Dengan KuasaNya
98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7
Monday, April 21, 2014
Pergh! Sekali Makan Nasi Kandar . RM312
Seorang pengguna 'facebook' telah mengepos resit bayaran beliau makan tengahari di salah sebuah restoran Nasi Kandar Kayu, yang berjumlah RM312 untuk hidangan seramai 8 orang. Rasa macam makan seafood pulak.
Hehehe..
Restoran Nasi Kandar Kayu ini adalah yang di cawangan dataran Sunway Branch. Bong mendakwa, beliau telah dicas RM60 untuk sekeping sotong, RM26 setiap potong daging kambing, dan RM6 untuk setiap pinggan nasi beriani. Dia merasakan telah 'terkena' dengan harga yang melampau ini.
Bagaimanapun, Bong bukanlah pelanggan yang pertama 'terkena' kat restoran ni, malah sebelum ini pun ada juga pelanggan yang telah mengomen dan tidak berpuas hati terhadap harga yang melampau.
Pemilik restoran ketika dihubungi berkata, dia terpaksa menaikkan harga kerana kos bahan mentah semua telah naik pada masa kini, dan sewa kedai di area Lembah Klang juga bukan murah, kata Thoulath Ameer Hamzah, Timbalan Presiden Pemilik Restoran Muslim Malaysia. Tambah beliau lagi, terdapat juga faktor-faktor lain iaitu kenderaan, gaji pekerja dan sebagainya.
Bagaimanapun, beliau mendakwa, nasi kandar adalah masih murah jika dibandingkan dengan makanan yang lain. "Saya yakin bahawa harga yang dikenakan masih berpatutan" kami juga selalu menggesa ahli untuk mengenakan bayaran berpatutan sahaja kepada pelanggan dan tidak mencekik darah.