98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Wednesday, April 23, 2014

Remaja Perempuan 'FRUST' dengan 'BoyFriend' Kelar Tangan Sendiri


Rasanya ini bukan lah kes pertama yang seperti ini, dah banyak yang berlaku kes-kes kelar tangan, bunuh diri apabila kecewa dalam bercinta, kejadian seperti ini ada terjadi dikalangan para remaja kita sendiri yang pada zaman sekarang terlalu banyak kita lihat, hatta yang masih bersekolah, menengah mahupun rendah.

Kes-kes sebegini juga selalu terjadi apabila kurangnnya didikan agama, perhatian dari ibu bapa dan sebagainya. Memang benar Demi Cinta Lautan Api pun sanggup diredah, tapi lautan air pun belum tentu dapat kau orang renang sampai ke darat.
Satu gambar ni telah dimuatnaik oleh seorang remaja yang kononnya telah kecewa dengan bekas teman lelakinya dan telah mengelar pergelangan tangan sendiri dan menulis perkataan "SAYANG KAU" dengan menggunakan darahnya sendiri.

Walaubagaimanapun, tidak diketahui pula bagaimana keadaan beliau sekarang, harap-harap hanya luka sahaja dan tidak melibatkan kecederaan serius. Jadi suka juga aku ingin berpesan kepada sesiapa sahaja, supaya jangan berbuat tindakan seperti ini yang bukan sahaja dianggap bodoh, malah juga menyakitkan diri sendiri.


Dan kepada adik ni juga, perlu diingat dik, perjalanan hidup ni masih jauh, berfikirlah semasaknya sebelum membuat apa-apa tindakan, jangan ikutkan nafsu dan hati yang sedih kerana seorang manusia. Ingatlah, tiada sebenarnya cinta yang kekal abadi melainkan cinta kita pada Allah dan Rasul.