Assalamu'alaikum semua,
Terima kasih atas komen semua. Ada yang positif, dan ada yang negatif. Saya ucap terima kasih semuanya. Untuk makluman, saya TAK PERNAH kata seperti apa yang dilaporkan di atas iaitu antaranya; "... saya melakukan beberapa pergerakan badan.."
1. Saya tak pernah sebut begitu. Yang saya sebut ialah ketika Skype, saya diminta bangun dan duduk. Saya hanya ikut sahaja kerana saya sangka untuk pengesahan pengenalan diri. Maklumlah ketika itu excited nak dijemput beri ceramah di Filipina.
2. Saya mengaku saya memberi duit setelah diugut kerana ketika itu sangat takut dan seorang diri. Memang bukan saya dalam video itu. Tetapi penyebarannya akan membuka pelbagai persepsi termasuk mempercayainya. Contoh sekarang, belum tersebar tapi sudah pelbagai spekulasi negatif timbul.
Sehinggalah sampai satu tahap setelah beberapa research dibuat dan pertimbangan kritikal, saya nekad untuk biarkan dia sebarkan. Lantas tak layan langsung ugutan dia. Saya lapor kepada Polis, Cyber999 (SKMM) dan Youtube. SAMPAI SEKARANG dia TAK SEBAR video tersebut. Benarlah kata pihak polis tentang modus operandi mereka yang edar gambar dan video palsu yang diedit hanya untuk tujuan DUIT.
3. Saya menerima pelawaan Harian Metro hanya dengan tujuan nak memberitahu rakyat Malaysia agat berhati-hati dan tidak berlaku seperti apa yang berlaku ke atas saya. Moga tidak ada lagi rakyat Malaysia yang ditipu.
4. Polis mengesahkan memang ada pergerakan tersusun dari Filipina yang menipu ramai orang termasuk artis-artis yang sudah terkena tetapi mereka takut untuk ke hadapan. Mereka mempunyai kepakaran khas dalam kerja edit video dsb. Justeru, nasihat polis agar jangan layan langsung ugutan mereka kerana mereka teramat 'money motivated'.
4. Sekali lagi saya tegaskan, WALLAHI... WABILLAHI... WATALLAHI... Saya tidak pernah buat sepertimana yang dipaparkan dalam video palsu tersebut.
5. Kepada insan-insan yang memberi komen negatif, saya redha. Semoga apa yang menimpa saya tidak terkena kepada anda. Kalau terkena, jangan risau, saya akan tetap membantu mana saya mampu kerana membantu rakan dalam kesusahan adalah ajaran Wahyu dan juga Sunnah Baginda SAW.