Dunia Itu Bulat, Sentiasa Berputar Hingga Satu Ketika Ia Akan Terhenti Dengan KuasaNya
98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7
Friday, April 18, 2014
Fakta : Ibu Anda Seorang Pembohong
Kasih ibu tiada tolak bandingnya. Hargailah ibu selagi dia masih ada, ketika kita kecil, penuh dengan segala karenah, ibu menjaga kita dengan penuh kasih sayang.
Percayalah, bahawa ibu kita banyak telah membohongi kita demi kasih sayang yang teramat. Ketika makan, jika makanan kurang
, dia akan beri makanan kepada anak dan berkata "Cepatlah makan nak, ibu tak lapar"
Ditengah malam, ibu menjaga anaknya yang tidak sihat, berkata ibu "Rehatlah nak, ibu temankan, ibu belum mengantuk lagi"
dan pembohongan yang paling besar dari ibu kita, jika apabila menjelang tua dan sakit kuat, anak pasti akan menangis, tapi ibu masih boleh tersenyum dan berkata "Jangan menangis nak, ibu tak apa-apa, ibu nak rehat sekejap"
Terkadang mengalir air mata bila mengenangkan ibu. ENGKAULAH RATU HATIKU....