![]() |
Gambar Hiasan |
Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin.
Mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta dan mengajaknya berbual pada awalnya.
Lelaki tersebut yang mungkin tidak dapat menahan nafsu songsangnya mula menarik budak tersebut ke tempat gelap dan melondehkan seluar mangsa dan cuba melakukan aksi tidak senonoh. Budak tersebut yang terkejut dengan perlakuan tersebut terus meronta serta menendang muka suspek dan melarikan diri.
Kebetulan juga pada masa tu budak itu terserempak dengan rakan abangnya dan meminta tolong, akibatnya, suspek berjaya ditangkap walaupun cuba melarikan diri dan berlaku sedikit pergelutan, tapi tiada kecederaan serius yang berlaku. Suspek itu seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.