98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Tuesday, April 15, 2014

Staff AADK ditangkap kerana mengkritik Polis Trafik

Terkejut jugak bila aku terbaca entri ni dalam sebuah blog yang aku ikut, seorang wanita yang dikatakan telah disaman oleh polis trafik pada 17 Mac baru ni telah membuat satu kenyataan yang boleh dikatakan berbaur hinaan kepada pihak polis, akhirnya ditangkap pada 8 April baru ni.

Maklumat awal mengatakan wanita ini bertugas di Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) di Beaufort , Sabah telah mengeposkan status kerana tidak puas hati dengan tindakan polis trafik yang menyaman beliau kerana memandu laju di lorong ketiga ( highway - lorong memotong ).



Pada pendapat aku, kritikan tu tak menjadi masalah, cuma kalau masuk bab hina menghina tu memang tidak wajar lah. Memang ada betul jugak apa yang dia ni cakap, Line paling kanan ialah line untuk memotong, takkan la nak pandu slow pulak kan? ker macam mana?
Aku sendiri pun biasanya kalau dah masuk lorong ketiga paling kanan, biasa pun memang laju lah, untuk potong kereta hadapan yang terkemut-kemut. Kalau slow di lorong ke tiga tu alamatnya memang kena 'Beam' atau kena hon dengan kereta belakang. Haiish payah jugak.

Dari sumber ada mengatakan juga, wanita ini ditahan setelah mengepos satu lagi status yang terkandung ayat "Anjing anjing putih C Najib" ( Polis trafik ) lah maksudnya. Seorang anggota polis trafik yang terbaca isi posting terasa kredibiliti mereka tercabar dan terus membuat laporan untuk tindakan lanjut.

Wanita tersebut kini ditahan di lokap dan turut direman untuk siasatan lanjut, dan barang-barang di pejabat beliau di AADK turut dirampas, tak tahu atas sebab apa sampai barang-barang office turut kena sama.

Kritikan tu sebenarnya ada 2 cabang, ada yang positif dan negatif, kritikan yang membina tu bagus, tapi kritikan yang menghina tu selalunya memang tidak patut dan harus diubah. Kita sama-sama fikirkan, aku bukan nak memihak sesapa samada polis ataupun wanita tu. Tapi apa yang salah tu tetap salah, aku takkan kata betul. dan yang betul tu tetap betul takkan jadi salah.

Wassalam...