98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Monday, April 21, 2014

Bantuan Khairat Dari KWSP Bernilai RM2500




Tahukah anda, bahawa KWSP memberikan sumbangan sebanyak Rm2500 kepada ahli yang meninggal dunia kepada waris untuk mengurangkan beban. Ini seolah kita namakan Duit Khairat Kematian,


Bagaimanapun, bayaran ini dibayar hanya sekali dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian.
  3. Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.


Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dan akan dimaklumkan kepada waris apabila bayaran tersebut telah lulus dan sedia untuk diambil.

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu akan perkara ini. Ini mungkin kerana KWSP tidak pernah mengumumkan perkara ini kepada umum melalui media massa atau sebagainya. Jadi kau orang boleh lah kongsi artikel ini dimana-mana untuk pengetahuan bersama.

Maka setelah mengetahui maklumat ini, mohon sebarkan kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan jiran tertangga, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk memberitahu mereka untuk menuntut RM2500 apabila salah seorang dari keluarga mereka meninggal dunia kerana KWSP akan membayar RM2500 itu atas dasar ehsan.

Sumber dan maklumat lanjut :
http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/207297/borang_kematian_-_utama__mei_2012_.pdf