98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Wednesday, April 30, 2014

Tiada Harta Karun Dijumpai Di Pulau Nangka



MELAKA - Smart Partnership International (M) Sdn Bhd syarikat, yang menjalankan kerja mencari harta peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, gagal menemui harta itu setakat ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kontrak pencarian selama empat bulan bermula Januari lepas yang diperoleh syarikat itu, akan tamat pada 12 tengah malam ini.

Mulai esok, katanya kerja pencarian itu akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat lain, yang akan menumpukan pencarian di kawasan lain di pulau itu.

Tanah Berwarna Warni Seperti Pelangi



Di Mauritius, di fahamkan terdapat sebuah bukit yang mengalami satu fenomena menarik dimana tanahnya berwarna-warni seperti pelangi. Sudah tentulah lokasi ini menjadi lokasi yang begitu menarik dan menarik ramai pelawat untuk melihat sendiri keajaiban tersebut.

Lokasi ini dikenal pasti sebagai punca tarikan pelancong yang pertama bagi kawasan Chamarel, Pulau Mauritus sejak dari tahun 1960 lagi.

Pontianak Jalan Sungai Ular?

Lokasi lembaga itu muncul dalam bulatan merah

Gangguan makhluk halus atau mistik sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia adalah mengarut dan tahyul semata-mata.

Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap dikatakan terdapat satu kejadian misteri kemunculan lembaga seolah pontianak dan ia bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam. Penduduk tempatan juga mendakwa berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Tuesday, April 29, 2014

Lawak 12 Ekor Harimau Tak Dapat Tangkap Ayam Seekor

Aku tak tahu nak tulis apa,
So biar gambar yang berbicara,
Tak pasti gambar ini dirakamkan kat mana, tapi ini memang kelihatan kelakar. Harimau boleh tangkap Rusa, Kuda, Badak Air pun boleh, tapi tak dapat nak tangkap ayam. Hehehehe..


Rimau : Go Go Go!! Enemy Spotted!!

6 Ciri Wanita Yang Tak Boleh Dijadikan Isteri



ADA begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kriteria atau ciri ciri yang tak boleh didekati ataupun dijadikan isteri. Antaranya :

1. Wanita “Ananah” : wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.

2. Wanita “Mananah” : wanita yang suka menidakkan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

Remaja Perempuan Maut Disimbah Asid



Di Penampang Sabah, Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas dipercayai disimbah asid oleh seorang lelaki bertopeng di sebuah restoran di Towering, Jalan Penampang, pada jam kira-kira 4.30 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa bersama dua rakannya sedang memesan makanan di sebuah restoran apabila tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topeng terus menyimbah cecair dipercayai asid ke muka mangsa dan mengakibatkan mangsa menggelupur kesakitan sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) oleh dua rakannya.

Kubur Bercahaya : Ada Penafian Pula

Tadi tengah blog-walking, terjumpa satu artikel dari blog lain yang memuatkan satu kenyataan perakuan daripada seorang kawan kepada Kak Lin yang meninggal pada minggu lepas dan dikatakan kuburnya telah bercahaya ( Rujuk Sini ).


Perakuan ini dibuat oleh seorang yang menggunakan nama King Jason di facebooknya yang mengaku beliau adalah kenalan rapat kepada Kak Lin. Akan tetapi, sejauh mana kebenarannya, Wallahu'alam.

KOMEN ANDA



Monday, April 28, 2014

Kisah Sebenar Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Bersanding

Keratan Akhbar Kosmo
Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi kononnya pengantin perempuan yang meninggal dunia 3 jam sebelum majlis persandingan telah dicabut nyawa nya oleh'benda' yang dihantar pengamal ilmu sihir oleh pihak yang mungkin cemburu atau iri hati padanya. Dan ini adalah sebab yang sebenarnya.


KUALA LUMPUR 26 April - Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya, dekat sini hari ini.

10 Tanda Orang Yang Membela Hantu Raya

Gambar Hiasan Semata-mata**

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Sahkah Cerai Melalui SMS?



UMUM mengetahui kuasa talak ini adalah di bawah kuasa seorang suami di mana apabila suami melafazkan talak, maka jatuhlah talak dan perkahwinan akan terbubar. Bagaimanapun kuasa ini tidak boleh disalahgunakan oleh suami kerana cerai ini adalah halal yang paling dibenci ALLAH SWT.

Talak/pembubaran perkahwinan/cerai ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertama lafaz sarih iaitu secara jelas di mana suami melafazkan dengan jelas menceraikan isterinya. Contohnya: “Saya cerai kamu dengan talak satu”

Dalam hal ini, lafaz yang sarih akan mendatangkan kesan perceraian walaupun tanpa niat. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW: "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh dan dilakukan dengan bergurau dianggap bersungguh-sungguh juga iaitu: nikah, talak dan rujuk". (Riwayat At-Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Tanda-Tanda Sakit Di Badan - Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!



Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Pelakon Veteran Sidek Hussain Meninggal Dunia



Pelakon Veteran , Sidek Hussain, telah kembali ke Rahmatullah  pada jam 11.55 malam semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser tahap empat yang dihadapinya..

Allahyarham dimasukkan ke HKL sejak Selasa lalu selepas keadaan kanser di pipinya semakin serius dan komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.

Imam Masjid Negara Rayu Obama Hentikan Penindasan Pada Umat Islam



Pada siri lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama semalam, beliau turut dibawa menziarahi Masjid Negara oleh Imam Besar Masjid, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Dalam masa itu, Imam turut mengambil kesempatan untuk meyuarakan dan merayu kepada Obama untuk menghentikan penindasan terhadap umat islam di seluruh dunia dan Obama menjawab "doakan saya" kepada Ismail.

Saturday, April 26, 2014

Menyamun Pejabat Masjid, Gambar Suspek Didedahkan.



Di saat orang lain sedang sibuk menunaikan solat zuhur, seorang penyamun mengambil kesempatan mencuri barangan di dalam pejabat masjid.

Kejadian yang berlaku jam 1.38 tengah hari semalam di Masjid Al Hasanah atau lebih dikenali sebagai Masjid Hijau, Bangi ini telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) didalam pejabat tersebut.

Gadai Maruah Isteri Kerana Judi



Bukan sahaja cerita sebegini kita lihat dalam drama TV yang dilakonkan oleh artis kita, dalam sedar tak sedar ia berlaku di alam nyata. Seorang isteri dilacurkan oleh suami sendiri akibat kalah judi. MasyaAllah..

Episod sedih hidup wanita ini bermula selepas beberapa bulan berkahwin dengan kekasih hatinya setelah kira-kira dua tahun bercinta.

6 Histeria, Lembaga Hitam Naik Bas

Keratan akhbar hari ini.

KUALA KANGSAR - Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu bas terpaksa memberhentikan bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Ipoh itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut.

Saksi yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, kejadian bermula ketika bas itu berada di Bukit Gantang apabila salah seorang daripada mereka menjerit dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama.

Hudud : Lelaki Di Potong Tangan Kerana Mencuri Di Syria

Di Syria, seorang pemuda telah ditangkap kerana mencuri dan setelah segala perbicaraan dan beliau didapati bersalah dan hukuman hudud dijalankan dengan memotong sebelah tangan beliau pada paras pergelangan tangan.

Hukuman tersebut dijalankan di bandar utama Maskanah, berhampiran Aleppo. Syria.



Friday, April 25, 2014

Update Dari Amin Idris Mengenai Fitnah Besar Terhadap Beliau

Paling terbaharu, Saudara Amin Idris, personaliti TV Al-Hijrah tampil memberikan sedikit maklumbalas mengenai kejadian yang menimpa beliau dan sedikit pembetulan dalam berita yang disiarkan media, Saudara amin menyebut :

Assalamu'alaikum semua,

Terima kasih atas komen semua. Ada yang positif, dan ada yang negatif. Saya ucap terima kasih semuanya. Untuk makluman, saya TAK PERNAH kata seperti apa yang dilaporkan di atas iaitu antaranya; "... saya melakukan beberapa pergerakan badan.."

Amin Idris Personaliti Al-Hijrah Diugut Lagi



Rentetan daripada kes yang sebelum ini yang menimpa personaliti TV Al-Hijrah Saudara Amin Idris yang ditimpa fitnah besar oleh orang yang hanya dikenalinya melalui 'Skype' yang cuba melakukan perkara luar jangkaan beliau.

Kali ini Saudara Amin Idris diugut lagi untuk memberi wang sebanyak RM20,000 ringgit kepada orang tersebut jika tidak mahu kerjayanya dimusnahkan dengan penyebaran video 'aib' yang melibatkan Amin.

Terlalu Kerap 'Jogging' Boleh Jadi Pendek Umur



Satu kajian terbaru yang dibuat oleh para Saintis di Amerika Syarikat ( AS ) menyatakan bahawa terlalu kerap berjogging boleh menyebabkan 'pendek umur'. Laporan dari www.mirror.co.uk menyebut bahawa mereka yang tidak bersenam langsung pun mempunyai jangka hayat yang pendek dan mereka yang bersenam secara sederhana saja yang mempunyai jangka hayat yang panjang.

Walau bagaimanapun, para saintis tersebut masih belum mengenal pasti apakah punca sebenar mereka yang gemar ber'jogging' ini mempunyai jangka hayat pendek, mungkin ia melibatkan kesihatan jantung.

Liang Lahad Bercahaya Semasa Mengebumikan Satu Jenazah Wanita

Ruang liang lahad yang tiba-tiba bercahaya

Subhanallah, Maha Suci Allah yang Maha Segala, di dunia lagi Dia telah menunjukkan pembalasan atas kebaikan dan pahala yang dibuat oleh hambaNya semasa hidup.

Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering yang liang lahad dikatakan telah bercahaya semasa proses mengebumikan seorang jenazah wanita yang dikenali sebagai Kak Lin.

Felixia Yeap Akan Memeluk Islam Ramadhan Ini



Syukur Alhamdulillah, itu sahaja mampu aku ucapkan bila terbaca satu berita pada hari ini mengenai seorang model yang satu ketika dahulu terkenal di majalah 'PlayBoy' iaitu Felixia Yeap.

Suatu ketika hari tu, Felixia tampil dengan imej bertudung lengkap berjubah seperti wanita melayu Islam dan terdapatlah pula perbagai tomahan dan tak kurang juga yang memuji beliau atas sifat baik tersebut. Ramai yang telah mendoakan supaya diberikan hidayah kepada Felixia dan kini ianya hampir menjadi kenyataan.

Thursday, April 24, 2014

Bau Ketiak Lelaki Mampu Kurangkan Stress Wanita??



Beberapa tahun yang lalu, bahagian Biologi Manusia di University Pennsylvania membuat kajian yang membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita menurunkan tekanan serta melancarkan perjalanan haid. 

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini, bau ketiak lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan uji kaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh tergoda dengan bau lawan sejenisnya.

Budak 13 Tahun Jadi Mangsa Lelaki Selera Songsang


Gambar Hiasan

Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin.

Mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta dan mengajaknya berbual pada awalnya.

Harta Karun Dijumpai Di Pulau Nangka Ayer Keroh

Gambar Hiasan


Terbaca satu berita pada hari ini mengenai penemuan satu tempat dipercayai terdapat Harta Karun milik kesultanan Melaka yang mungkin telah berusia beratus tahun. Kalau betul lah, maka ini menjadi sejarah dalam Malaysia menemui tempat simpanan harta karun. 

Pulau Nangka, yang terletak kira-kira 4km dari pulau ptama negeri Melaka iaitu Pulau Besar dipercayai tersembunyi satu gua yang menyimpan berbillion ringgit nilai harta karun dan kini usaha mencari nya semakin menampakkan hasil apabila satu pintu rahsia telah berjaya ditemui oleh pihak pengkaji yang dilantik oleh kerajaan Melaka.

Geng LGBT Boikot Sultan Brunei Sebab Hudud


Di Brunei, Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memboikot sebuah hotel bagi membantah dasar anti-gay selepas pemiliknya, Sultan Brunei akan memulakan hukuman rejam bagi pengamal homoseksual.

Sebelum ini, Brunei yang merancang melaksanakan hukuman hudud turut menghukum pesalah dengan cara sama bagi kesalahan jenayah termasuk liwat dan zina

Wednesday, April 23, 2014

Brunei Tangguh Perlaksanaan Hukum Hudud?

Keratan akhbar Harian Metro hari ini

Brunei mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sebatan dan rejam yang terdapat dalam hukum hudud negara itu yang sepatutnya dilaksanakan pada hari ini.
Bagaimanapun, ‘majlis perisytiharan’ syariah akan teruskan seperti yang dirancang pada 30 April untuk melancarkan fasa pertama kod keseksaan baharu.
Agensi berita AFP melaporkan, Penolong Pengarah Unit Perundangan Islam Brunei, Jauyah Zaini yang dipetik melalui akhbar Brunei Times berkata, pelaksanaan hukum itu telah ditangguhkan disebabkan oleh beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Remaja Perempuan 'FRUST' dengan 'BoyFriend' Kelar Tangan Sendiri


Rasanya ini bukan lah kes pertama yang seperti ini, dah banyak yang berlaku kes-kes kelar tangan, bunuh diri apabila kecewa dalam bercinta, kejadian seperti ini ada terjadi dikalangan para remaja kita sendiri yang pada zaman sekarang terlalu banyak kita lihat, hatta yang masih bersekolah, menengah mahupun rendah.

Kes-kes sebegini juga selalu terjadi apabila kurangnnya didikan agama, perhatian dari ibu bapa dan sebagainya. Memang benar Demi Cinta Lautan Api pun sanggup diredah, tapi lautan air pun belum tentu dapat kau orang renang sampai ke darat.

14 Petua Mencari Isteri Cantik

Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci, sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini
Gambar-Wanita-Sholehah-Cantik
Gambar Hiasan
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:
1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

Bawa 'Itik Gembo' Bersiar-siar



Biasanya kita tengok orang bawa anjing, kucing berjalan-jalan, kali ini ada sedikit yang pelik, ataupun lebih unik bila seorang lelaki ni membawa 2 ekor itik bersiar-siar di laluan pejalan kaki.

Wanita Yang Dirogol Patut Digantung Sampai Mati????


Dalam dunia ni semua orang tahu mengenai istilah 'Rogol' ataupun dinamakan seks paksa yang biasanya berlaku keatas wanita yang menjadi mangsa jenayah seksual ni. Dinegara kita, kita melindungi wanita-wanita yang teraniaya seperti ini, tapi berita yang terbaru ni amat mengejutkan aku bila membacanya. apabila ada statement yang keluar mengatakan wanita yang dirogol patut digantung bersama-sama perogol. Gila??

Seorang senior member parti sosial di India Abu Azmi, mengatakan beliau menghendaki apabila seorang wanita telah dirogol atau dipaksa melakukan seks, maka hukumannya adalah digantung sampai mati bersama-sama si perogol.

Tuesday, April 22, 2014

Setia Sampai Hujung Nyawa



Tertarik aku dengan salah satu berita yang disiarkan dalam Harian Metro hari ini, mengenai pasangan warga emas yang berasal Ohio yang kekal bersama hingga ke akhir hayat. Yang paling menyayat hati adalah bilamana si Suami, Cody turut meninggal 15 jam selepas Isteri beliau Helen Flumlee meninggal dunia. Boleh lah jika aku katakan ini 'Setia Sampai Hujung Nyawa'.

Perhatian : Kes Penipuan Pakej Haji & Umrah



PENIPUAN PAKEJ HAJI DAN UMRAH 

SCAM ALERT : Pihak Polis menasihati orang ramai terutamanya golongan yang ingin mengerjakan ibadah haji dan umrah ini supaya berhati-hati semasa berurusan dengan individu mahupun sindiket yang menawarkan pakej perkhidmatan mengerjakan haji atau umrah. Antara modus operandi mereka ialah :

Pulau Paling Berhantu DiDunia Hendak Dijual, Ada Yang Berminat??



Di mana pulau paling seram dan dengan hantu terbanyak di dunia ? Jawapannya ada di Itali .

Poveglian , nama pulau tersebut , adalah bekas tempat pembuangan bagi orang - orang yang mengalami kelainan jiwa yang terletak di Tanjung Venice , pulau ini dikhabarkan dihuni para hantu gentayangan terbanyak di dunia .

Sekitar 50 peratus debu dan tanah di pulau tersebut merupakan debu dan abu pembakaran manusia yang mati disana 

Kejam! Warga Emas Dibelasah Perompak

Mohd Sani menunjukkan lokasi isteri beliau ( gambar kecil ) terbaring berlumuran darah


TIDAK BERHATI PERUT, Itulah yang boleh digambarkan

Seorang warga emas di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi Johor disini bukan sahaja patah hidung malah turut mengalami kecederaan teruk di muka akibat dibelasah ketika dirompak di kediamannya di sini Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, Misnah Sahuri, 62 dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi selepas kejadian malang tersebut disedari suaminya Mohd Sani Mistar,62 yang berpatah balik ke rumah ketika itu daripada tempat kerja kerana ingin mengambil barang yang tertinggal. Semasa ditemui, Mohd Sani mengatakan semasa kejadian beliau tiada dirumah kerana telah pergi bekerja seawal jam 7 pagi.

SPAD Gantung 27 Permit Bas Transnasional



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengantung 27 permit bas ekspres syarikat Transnasional bagi laluan Timur-Sektor Utara berkuat kuasa Rabu ini ekoran kes kemalangan membabitkan bas syarikat itu.
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, keputusan itu dibuat hasil pengauditan yang mendapati syarikat berkenaan tidak memantau had kelajuan selain mendapati Sistem Pengesanan Kedudukan Global (GPS) tidak berfungsi.

Mahkamah Benar Permohonan Penulis Blog Seks Batal Salah Satu Tuduhan


Mahkamah Rayuan di sini membatalkan salah satu tuduhan terhadap penulis blog seks yang lebih dikenali sebagai Alvivi berikutan penyiaran gambar mereka berkaitan Ramadan di Facebook, berikutan ia tidak terpakai untuk mereka yang bukan Islam.
Hakim Mohtarudin Baki membenarkan permohonan pasangan itu pada Isnin, dengan mengisytiharkan bahawa Seksyen 298A (1) Kanun Keseksaan tidak dapat digunakan dan tidak boleh dikuatkuasakan ke atas mereka.

Monday, April 21, 2014

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Gambar Hiasan

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

Pergh! Sekali Makan Nasi Kandar . RM312



Seorang pengguna 'facebook' telah mengepos resit bayaran beliau makan tengahari di salah sebuah restoran Nasi Kandar Kayu, yang berjumlah RM312 untuk hidangan seramai 8 orang. Rasa macam makan seafood pulak.

Hehehe..

Restoran Nasi Kandar Kayu ini adalah yang di cawangan dataran Sunway Branch. Bong mendakwa, beliau telah dicas RM60 untuk sekeping sotong, RM26 setiap potong daging kambing, dan RM6 untuk setiap pinggan nasi beriani. Dia merasakan telah 'terkena' dengan harga yang melampau ini.

Bagaimanapun, Bong bukanlah pelanggan yang pertama 'terkena' kat restoran ni, malah sebelum ini pun ada juga pelanggan yang telah mengomen dan tidak berpuas hati terhadap harga yang melampau.



Pemilik restoran ketika dihubungi berkata, dia terpaksa menaikkan harga kerana kos bahan mentah semua telah naik pada masa kini, dan sewa  kedai di area Lembah Klang juga bukan murah, kata Thoulath Ameer Hamzah, Timbalan Presiden Pemilik Restoran Muslim Malaysia. Tambah beliau lagi, terdapat juga faktor-faktor lain iaitu kenderaan, gaji pekerja dan sebagainya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, nasi kandar adalah masih murah jika dibandingkan dengan makanan yang lain. "Saya yakin bahawa harga yang dikenakan masih berpatutan" kami juga selalu menggesa ahli untuk mengenakan bayaran berpatutan sahaja kepada pelanggan dan tidak mencekik darah. 







Bantuan Khairat Dari KWSP Bernilai RM2500




Tahukah anda, bahawa KWSP memberikan sumbangan sebanyak Rm2500 kepada ahli yang meninggal dunia kepada waris untuk mengurangkan beban. Ini seolah kita namakan Duit Khairat Kematian,


Bagaimanapun, bayaran ini dibayar hanya sekali dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian.
  3. Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.


Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dan akan dimaklumkan kepada waris apabila bayaran tersebut telah lulus dan sedia untuk diambil.

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu akan perkara ini. Ini mungkin kerana KWSP tidak pernah mengumumkan perkara ini kepada umum melalui media massa atau sebagainya. Jadi kau orang boleh lah kongsi artikel ini dimana-mana untuk pengetahuan bersama.

Maka setelah mengetahui maklumat ini, mohon sebarkan kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan jiran tertangga, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk memberitahu mereka untuk menuntut RM2500 apabila salah seorang dari keluarga mereka meninggal dunia kerana KWSP akan membayar RM2500 itu atas dasar ehsan.

Sumber dan maklumat lanjut :
http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/207297/borang_kematian_-_utama__mei_2012_.pdf



Penumpang kagum, puji kecekapan kru pesawat MH192

Meskipun berada dalam situasi panik, penumpang pesawat MH192 kagum dengan langkah keselamatan yang dilakukan oleh kru pesawat berkenaan yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mereka memastikan semua 159 penumpang tidak cemas dan takut selain mengikuti segala arahan keselamatan bagi memudahkan pesawat itu mendarat dengan selamat. 
Seorang penumpang warga India, Pritesh Jain, 30, berkata perasaan bimbang dan cemas mula menyelubungi dirinya dan beberapa penumpang lain sebaik juruterbang memaklumkan pesawat itu terpaksa berpatah balik selepas berlepas ke Bangalore pada jam 10.09 malam. 
“Memang saya sangat takut selepas diberitahu tentang masalah teknikal yang dihadapi pesawat yang saya naiki, namun juruterbang dan kru penerbangan bertindak sebaik mungkin untuk menenangkan kami serta menerangkan cara dan langkah yang harus diambil untuk mendaratkan pesawat dengan selamat.

“Keyakinan saya dan beberapa penumpang lain semakin bertambah apabila juruterbang memberitahu bahawa dia terpaksa menghabiskan sebahagian besar minyak pesawat itu dengan melakukan beberapa pusingan sebelum mendarat,” katanya ketika ditemui di KLIA sebelum dibawa ke hotel penginapan, pagi tadi.

Sementara itu, bagi pasangan suami isteri Ramanan Ganesan, 42, dan Kavita Ravendran, 41, yang dalam perjalanan pulang ke India, selepas seminggu melancong ke Malaysia, kejadian yang dilaluinya ini tidak mematahkan sebarang perancangan untuk kembali bercuti semula ke negara ini dengan menaiki pesawat MAS.

“Dengan apa yang baru berlaku ke atas saya, isteri dan anak saya berusia 14 tahun, serta ditambah dengan insiden kehilangan pesawat MH370, saya tidak menyalahkan MAS dalam semua situasi ini.
Semua penumpang pesawat itu, kemudian dibawa ke hotel penginapan berhampiran sebelum berlepas dengan pesawat lain ke Bangalore.

Sementara itu, seorang penumpang berasal dari Pulau Pinang yang hanya mahu dikenali sebagai Raymond, berkata kru kapal yang bertugas berjaya menenangkan penumpang dan mengendalikan situasi itu dengan profesional.

Katanya, biarpun ada sesetengah penumpang dilihat panik dengan keadaan itu namun juruterbang dan kru kapal berjaya mengawal keadaan.

“Kejadian ini adalah satu situasi yang tidak diingini oleh sesiapa pun, namun juruterbang menjalankan tugasnya dengan amat baik.

“Jika saya dapat berjumpa dengan juruterbang itu saya ingin berterima kasih kepadanya kerana beliau berjaya menyelamatkan 159 nyawa penumpang dan kru kapal dalam pesawat MH192,” katanya.-Berita Harian.



Pesawat MH192 Mendarat Cemas Di KLIA



Pesawat penerbangan MH192 Malaysia Airlines dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.09 malam ke Bangalore yang terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur setelah mengalami masalah teknikal gear pendaratan sewaktu berlepas.
Bagaimana pun pesawat berkenaan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 pagi, Isnin dan kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat. 
Pesawat yang membawa 166 orang penumpang itu yang terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal dikatakan mengalami kerosakan gear pendaratan dan telah berlegar di udara sekurang-kurangnya empat jam bagi menghabiskan sebahagian besar minyak pesawat untuk mengurangkan beban berat sebelum selamat mendarat semula di KLIA pagi semalam.
Pesawat MH192 Boeing 737-800 dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam. 
Sementara itu, penumpang pesawat MH192 turut kagum dengan langkah keselamatan yang dilakukan oleh kru pesawat berkenaan semasa dalam keadaan kecemasan begini.



Hans Isaac & Neelofa Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini?



Terima kasih kerana datang jika anda jangkakan akan ada kenyataan rasmi dari mulut Hans Isaac tentang hubungannya dengan Neelofa. Selebriti yang semakin hari semakin eksklusif tentang kehidupan peribadinya itu masih enggan mengulas apa apa.
Namun, ada satu kenyataan Hans Isaac yang dipetik para media menarik perhatian kami. Seperti biasa apabila bertemu dengan penggiat seni ini, soalan tentang hubungan dengan Neelofa pasti menjadi salah satu soalan utama.
Menurut Hans Isaac, beliau sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman hidup bergelar isteri dan akan membuat keputusan untuk berkahwin dan mengumumkan sesuatu pada Disember 2014 nanti. Ya, lapan bulan dari sekarang.
“Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya tentang status hubungannya dengan aktres Neelofa.
“Kehidupan peribadi saya kini lebih gembira & tenang. Namun seperti semua sedia maklum, saya tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadi dengan umum serta berkongsi gambar bersama kekasih di media sosial,” ujar Hans Isaac kepada portal GUA.
Spekulasi mula timbul mengatakan yang beliau bakal mendirikan rumahtangga bersama Neelofa, selebriti yang sekian lama dikaitkan dengan dirinya — namun ianya boleh jadi juga jika Hans Isaac sudah ada pilihan lain ‘kan? -rotikaya



Sunday, April 20, 2014

Raja Bomoh Pergi Ke Lokasi Kemalangan Mendiang KS

Rasanya tidak asing bagi kita sekarang ni mengenai seorang yang menggelarkan diri Raja Bomoh, yang mana terlibat dalam pencarian pesawat MAS MH370 baru ini dan menarik perhatian ramai pihak mengenai gelagat beliau dengan buah kelapa,tikar terbang dan sebagainya.

raja bomoh dilihat sedang melakukan upacara menghalau 'Puaka' di KM 301.6 lebuhraya


2-3 hari lepas, kita dikejutkan lagi dengan kematian orang politik ternama, Mendiang Karpal Singh telah terlibat dalam kemalangan di Gua Tempurung dan menyebabkan kematiannya

Friday, April 18, 2014

Tom & Jerry di dunia nyata

SUBHANALLAH.. ALLAH YANG MAHA KUASA..
Sebuah keluarga di Ranau Sabah terkejut apabila melihat seekor tikus sedang asyik menyusu kucing peliharaannya. Kucingnya baru sahaja melahirkan anak dan tikus itu turut bersama menumpang kasih terhadap ibu kucing tersebut.

Bagi penggemar kartun animasi Tom & Jerry, sudah jelas di alam realiti mahupun fantasi dua haiwan ini iaitu kucing dan tikus sentiasa bermusuhan

“Kalau ada benda tak puas hati, mai cakap depan-depan!” – Ustaz Don Daniyal

Satu video terbaru oleh Ustaz Don Daniyal dimuatnaik beberapa jam lalu bagi menjawab video viral yang tersebar semenjak minggu lalu.

Dalam video itu, Ustaz Don menjelaskan beberapa perkara penting seperti motif penyebaran video tersebut. Ustaz Don juga secara terang-terangan menempelak pembuat dan penyebar video yang tidak bertanggungjawab itu. Antara hujah yang diberikan Ustaz Don:


Ustaz Don tampil beri penjelasan tentang kekeliruan yang ditimbulkan Wardina Safiyyah.
1) Video hanya sekerat
“Tuan-tuan tidak bagi orang rujuk wikipedia, youtube apa semua untuk nak ambik hujah… tapi dengan hanya video sekerat, tuan-tuan jadikan hujah ke atas saya”

Fakta : Ibu Anda Seorang Pembohong



Kasih ibu tiada tolak bandingnya. Hargailah ibu selagi dia masih ada, ketika kita kecil, penuh dengan segala karenah, ibu menjaga kita dengan penuh kasih sayang.

Percayalah, bahawa ibu kita banyak telah membohongi kita demi kasih sayang yang teramat. Ketika makan, jika makanan kurang

Thursday, April 17, 2014

Pengerusi Masjid Tampil Jawab Isu Azan & Tarhim



Terbaharu, Pengerusi Masjid Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang yang baru baru ini didakwa mengalunan azan serta tahrim dengan kuat tampil untuk menjawab isu ini.Pengerusi masjid, Mohd Arif Ayub berkata masjid ini sangat berdekatan dengan taman perumahan yang kebanyakkan adalah orang Islam. 

Beliau memberitahu, di masjib tersebut tidak menggunakan speaker, hanya corong pembesar suara sahaja iaitu 4 di menara dan 7 di pencawang, 11 kesemuanya.