98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Monday, May 19, 2014

Ustaz Azhar Idrus ( UAI ) Difitnah?? MJMM Gesa UAI Buat Laporan Polis


Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis terhadap satu kenyataan pengguna laman Facebook, Maryam Mazlieynna Mazlee yang mendakwa dirinya telah diraba dan diajak melakukan persetubuhan haram oleh pendakwah bebas popular, Ustaz Azhar Idrus.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, dakwaan yang dibuat gadis tersebut dilihat mampu menjatuhkan reputasi serta pengaruh Ustaz Azhar sebagai seorang penceramah agama yang disegani ramai.

Oleh itu, pihaknya menggesa agar Ustaz Azhar tampil membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan salah laku moral membabitkan dirinya.

“Saya menyeru dan menggesa Ustaz Azhar atau menghantar wakil untuk membuat laporan polis dan dihebahkan untuk menafikan perkara ini,” katanya ketika ditemui MYNEWSHUB.MY selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, gadis tersebut tidak seharusnya menulis tuduhan itu di dalam blog mahupun Facebook untuk memburuk-burukkan Ustaz Azhar iaitu seorang ulama yang hebat, yang mungkin difitnah dengan pertuduhan itu.

“Tidak mungkin seorang ustaz yang warak dan ramai pengikut malah saya juga salah seorang daripada peminat beliau, dituduh sebegini rupa,” katanya.

Ustaz Azhar Idrus ( UAI )


Sehubungan itu, Abdul Rani menyarankan agar pihak bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara ini dan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terbabit.

“Jika tidak dipadam (kenyataan Maryam), ia akan dibaca oleh generasi akan datang dan penyebaran ini sekali gus akan merosakkan nama Ustaz Azhar,” katanya lagi.

MYNEWSHUB.MY sebelum ini pernah melaporkan perihal status Maryam di Facebook yang menulis, “ini bukan fitnah benar-benar berlaku! Tanya UAI untuk kebenarannya. Percayakah kalau aku kata UAI pernah nak ‘tackle’ aku siap ‘booking’ bilik hotel. Dia ingat dia siapa? Pergi jahanam dengan UAI”.

-MYNEWSHUB.MY

KOMEN ANDA

Wednesday, May 7, 2014

Wanita Di Sumpah Jadi Batu Di Paloh, Johor

Gambar wanita yang seakan berbogel yang telah menjadi batu


Satu berita yang agak mengejutkan diterima  mengenai seorang wanita ditemui menjadi batu didalam ladang kelapa sawit akibat disumpah oleh suami nya.

Menurut sumber, wanita itu dikatakan telah berlaku curang kepada suaminya dan disumpah menjadi batu semasa sedang asyik bermadu asmara bersama teman lelaki nya di ladang kelapa sawit.

Video : Kanak-Kanak Nyaris Dilanggar 2 Kereta

VIDEO: Cuai…Kanak-Kanak Nyaris Dilanggar Kereta
HANYA beberapa saat sahaja yang memisahkan kanak-kanak ini daripada maut.

Dalam kejadian yang dikongsikan di di Facebook The Real Singapore ini, seorang kanak-kanak berusia sekitar dua tahun tiba-tiba berlari ke tengah jalan raya.

Mujurlah pemandu ini berjaya menghentikan kenderaannya daripada melanggar kanak-kanak tersebut.

Ihsan : Adik Ni Perlukan Bantuan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera,

Posting ini sebenarnya telah di post oleh brader Sham Kamikaze didalam Page FB beliau malam tadi mengenai seorang hamba Allah yang menghantar mesej kepada beliau memohon bantuan untuk anak kecil dibawah ini yang menghidap penyakit saraf. Dengan kos perubatan yang semakin tinggi, kedua ibu bapa si kecil ini tidak mampu untuk menanggungnya dan memohon bantuan.



Marilah kita sama-sama turut membantu, sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga adik ini.

Tuesday, May 6, 2014

Suara Misteri Di Flora Damansara??

AUDIO: Suara Misteri Di Flora Damansara

BEBERAPA minggu lalu, beberapa rakan telah berkongsi rakaman suara aneh yang didengari oleh penduduk apartmen Flora Damansara di Damansara Perdana menerusi laman Facebook.

Penulis sendiri pernah menyewa di salah sebuah blok di kediaman tersebut kira-kira dua tahun lalu, namun tidak pernah melalui sebarang pengalaman yang menakutkan.

Seniman Aziz Satar Meninggal Dunia



Kuala Lumpur: Seniman negara, Datuk Abdul Aziz Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Menurut anak perempuannya Sandakiah Aziz, turut berada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhirnya adalah dua anak, menantu dan cucu.

Monday, May 5, 2014

Gempar : Tandas Dibina Menyerupai Masjid

Gambar awal rupa bentuk tandas berkenaan.

Bangunan tandas yang terletak dalam kawasan Lotus Desaru Beach Resort, pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia dibina menyerupai masjid  dan ia seperti menghina agama Islam dengan rekabentuk sebegitu, siap berkubah.

Pemeriksaan lanjut, mendapati bangunan berkenaan memang memiliki kubah bagaimanapun ia telah wujud sejak tahun 90-an lagi di resort berkenaan tapi mungkin ia kurang menarik perhatian orang awam kerana tidak betigu menonjol.

Saturday, May 3, 2014

Remaja Gembira Tikam Nenek 57 Kali



“SAYA membunuhnya dan gembira melakukannya”. Itu kata-kata seorang remaja sewaktu tiba di sekolah dengan pakaian yang berlumuran darah selepas menikam neneknya sebanyak 57 kali sehingga mati.

Dalam kejadian yang berlaku di selatan-barat Atlanta pada Jumaat minggu lalu, Charles Price, 14, menikam Mary Price, 76, di kediamannya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Video : Cubaan Rasuah Polis Gagal Dan Provokasi Pemandu


Macam-macam cabaran anggota polis dalam melakukan pekerjaan pada hari ini.

Dalam video dibawah dapat dilihat seorang pemandu cuba memerangkap angggota polis yang menahannya dengan menawarkan rasuah sebanyak RM100, namun cubaannya itu ditolak oleh seorang anggota polis tersebut.

Butik Fareeda Diserbu Gara-Gara Tudung ‘Fareeda Noura’



Butik Fareeda baru- baru ini telah melancarkan rekaan tudung terbaru yang dinamakan Fareeda Noura.

Menurut sumber, tudung Fareeda Noura itu dijual pada harga promosi iaitu sekitar RM120 sehelai dan promosi itu dilakukan hanya 1 hari sahaja, dan dilihat, fesyen terbaru ni mendapat sambutan yang agak luar biasa. 

Friday, May 2, 2014

Daging Lembu Palsu???



Di China, daging lembu pun palsu?? baca ni

Pasukan polis di wilayah Xi’an di China melaporkan mereka telah menemui dan merampas 22 tan daging lembu paslu daripada sebuah kilang tempatan.

Daging lembu palsu oti sebenarnya berasal dari daging babi yang lebih murah dari lembu.

5 Tahun Tidak Makan



SEORANG gadis dari Cheltenham, England terpaksa melupakan nikmat makan sejak lima tahun lalu selepas disahkan menghidap penyakit ‘gastroparesis’ yang menyebabkan otot perutnya lumpuh.

Ayllah-Beau Foley, 19, kini hanya bergantung dengan tiub kecil yang membekalkan nutrien yang disambungkan terus ke jantungnya.

Penyakit pelik itu dikesan selepas Ayllah kembali dari projek sukarelawan di India.

Peliwat Terima Balasan, Diliwat 20 Banduan Di Dalam Penjara



Pepatah menyebut, Hutang Darah Dibayar Darah, lain pula cerita dibawah ni,

Seorang jurulatih seni mempertahankan diri di Brazil menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya memukul, meliwat dan membunuh anak tirinya apabila dia pula yang diliwat dan dibelasah oleh 20 banduan lain di penjara.

Daryell Dickson Meneses Xavier mengalami kecederaan parah di seluruh tubuhnya terutama di bahagian dubur akibat perbuatan ganas para banduan itu.

Teladan : Kisah Pelacur Dan Anjing



KISAH SEORANG PELACUR YANG MASUK SYURGA KERANA MEMBERI MINUM SEEKOR ANJING.

Kisah ini berlaku sebelum zaman Nabi Muhammad lagi.. ada pelbagai versi cerita yang berbeza tapi membawa maksud yang sama dalam kisah seorang pelacur yang masuk syurga kerana menolong seekor anjing.. menurut banyak pendapat, kisah ini berlaku pd zaman Nabi Isa. pada suatu hari, seorang pecur berjalan di tanah yg gersang.. tekaknye begitu haus hingga dia hilang tenaga untuk berjalan lagi.. dlm keletihannya itu, dr jauh dia nampak ade lopak air kecil dengan air yg sedikit. lalu die menuju ke arah lopak itu dan menggunakan kasutnya untuk menceduk air itu. ketika dia hendak meneguk air itu, bajunya d tarik2 dr arah belakang. dia menoleh dan nampak seekor anjing sedang menjelirkan lidahnya dan nampak begitu tidak berdaya. dia sangat kasihan melihat anjing yang kelihatan sangat dahaga itu. lalu air yang hendak d teguknya tadi d hulurkan pada mulut anjing itu untuk di minum.. anjing itu pun kembali bertenaga. akan tetapi, wanita pelacur itu terus rebah lalu mati.

Kisah Nabi SAW Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan

Gambar Hiasan*

Kisah Nabi Muhammad Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan – Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad SAW meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”

Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. Iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”

Brunei Haramkan Penggunaan 19 Perkataan Untuk Bukan Islam


Seperti yang kita ketahui, Brunei Darussalam kini telah pun menguatkuasakan undang-undang hudud di negara itu bermula semalam.

Dan terbaharu, Sultan Brunei juga menitahkan untuk mengharamkan 19 perkataan dari digunakan oleh orang bukan Islam di negara itu. Undang-undang ini juga akan dikuatkuasakan didalam bulan ini. Antara perkataan-perkataan tersebut adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.

TANDA HIDUP TAK BERKAT

Gambar Hiasan

Kita tidak mungkin tahu bahawa hidup kita ini tidak berkat. Begitu juga jikalau hidup kita ini berkat. Bagaimana kita mahu tahu jika hidup ini berkat dan jika hidup ini tidak berkat?

Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit banyak, tapi cepat habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

Wednesday, April 30, 2014

Tiada Harta Karun Dijumpai Di Pulau Nangka



MELAKA - Smart Partnership International (M) Sdn Bhd syarikat, yang menjalankan kerja mencari harta peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, gagal menemui harta itu setakat ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kontrak pencarian selama empat bulan bermula Januari lepas yang diperoleh syarikat itu, akan tamat pada 12 tengah malam ini.

Mulai esok, katanya kerja pencarian itu akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat lain, yang akan menumpukan pencarian di kawasan lain di pulau itu.

Tanah Berwarna Warni Seperti Pelangi



Di Mauritius, di fahamkan terdapat sebuah bukit yang mengalami satu fenomena menarik dimana tanahnya berwarna-warni seperti pelangi. Sudah tentulah lokasi ini menjadi lokasi yang begitu menarik dan menarik ramai pelawat untuk melihat sendiri keajaiban tersebut.

Lokasi ini dikenal pasti sebagai punca tarikan pelancong yang pertama bagi kawasan Chamarel, Pulau Mauritus sejak dari tahun 1960 lagi.

Pontianak Jalan Sungai Ular?

Lokasi lembaga itu muncul dalam bulatan merah

Gangguan makhluk halus atau mistik sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia adalah mengarut dan tahyul semata-mata.

Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap dikatakan terdapat satu kejadian misteri kemunculan lembaga seolah pontianak dan ia bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam. Penduduk tempatan juga mendakwa berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Tuesday, April 29, 2014

Lawak 12 Ekor Harimau Tak Dapat Tangkap Ayam Seekor

Aku tak tahu nak tulis apa,
So biar gambar yang berbicara,
Tak pasti gambar ini dirakamkan kat mana, tapi ini memang kelihatan kelakar. Harimau boleh tangkap Rusa, Kuda, Badak Air pun boleh, tapi tak dapat nak tangkap ayam. Hehehehe..


Rimau : Go Go Go!! Enemy Spotted!!

6 Ciri Wanita Yang Tak Boleh Dijadikan Isteri



ADA begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kriteria atau ciri ciri yang tak boleh didekati ataupun dijadikan isteri. Antaranya :

1. Wanita “Ananah” : wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.

2. Wanita “Mananah” : wanita yang suka menidakkan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

Remaja Perempuan Maut Disimbah Asid



Di Penampang Sabah, Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas dipercayai disimbah asid oleh seorang lelaki bertopeng di sebuah restoran di Towering, Jalan Penampang, pada jam kira-kira 4.30 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa bersama dua rakannya sedang memesan makanan di sebuah restoran apabila tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topeng terus menyimbah cecair dipercayai asid ke muka mangsa dan mengakibatkan mangsa menggelupur kesakitan sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) oleh dua rakannya.

Kubur Bercahaya : Ada Penafian Pula

Tadi tengah blog-walking, terjumpa satu artikel dari blog lain yang memuatkan satu kenyataan perakuan daripada seorang kawan kepada Kak Lin yang meninggal pada minggu lepas dan dikatakan kuburnya telah bercahaya ( Rujuk Sini ).


Perakuan ini dibuat oleh seorang yang menggunakan nama King Jason di facebooknya yang mengaku beliau adalah kenalan rapat kepada Kak Lin. Akan tetapi, sejauh mana kebenarannya, Wallahu'alam.

KOMEN ANDA



Monday, April 28, 2014

Kisah Sebenar Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Bersanding

Keratan Akhbar Kosmo
Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi kononnya pengantin perempuan yang meninggal dunia 3 jam sebelum majlis persandingan telah dicabut nyawa nya oleh'benda' yang dihantar pengamal ilmu sihir oleh pihak yang mungkin cemburu atau iri hati padanya. Dan ini adalah sebab yang sebenarnya.


KUALA LUMPUR 26 April - Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya, dekat sini hari ini.

10 Tanda Orang Yang Membela Hantu Raya

Gambar Hiasan Semata-mata**

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Sahkah Cerai Melalui SMS?



UMUM mengetahui kuasa talak ini adalah di bawah kuasa seorang suami di mana apabila suami melafazkan talak, maka jatuhlah talak dan perkahwinan akan terbubar. Bagaimanapun kuasa ini tidak boleh disalahgunakan oleh suami kerana cerai ini adalah halal yang paling dibenci ALLAH SWT.

Talak/pembubaran perkahwinan/cerai ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertama lafaz sarih iaitu secara jelas di mana suami melafazkan dengan jelas menceraikan isterinya. Contohnya: “Saya cerai kamu dengan talak satu”

Dalam hal ini, lafaz yang sarih akan mendatangkan kesan perceraian walaupun tanpa niat. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW: "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh dan dilakukan dengan bergurau dianggap bersungguh-sungguh juga iaitu: nikah, talak dan rujuk". (Riwayat At-Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Tanda-Tanda Sakit Di Badan - Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!



Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Pelakon Veteran Sidek Hussain Meninggal Dunia



Pelakon Veteran , Sidek Hussain, telah kembali ke Rahmatullah  pada jam 11.55 malam semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser tahap empat yang dihadapinya..

Allahyarham dimasukkan ke HKL sejak Selasa lalu selepas keadaan kanser di pipinya semakin serius dan komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.

Imam Masjid Negara Rayu Obama Hentikan Penindasan Pada Umat Islam



Pada siri lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama semalam, beliau turut dibawa menziarahi Masjid Negara oleh Imam Besar Masjid, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Dalam masa itu, Imam turut mengambil kesempatan untuk meyuarakan dan merayu kepada Obama untuk menghentikan penindasan terhadap umat islam di seluruh dunia dan Obama menjawab "doakan saya" kepada Ismail.

Saturday, April 26, 2014

Menyamun Pejabat Masjid, Gambar Suspek Didedahkan.



Di saat orang lain sedang sibuk menunaikan solat zuhur, seorang penyamun mengambil kesempatan mencuri barangan di dalam pejabat masjid.

Kejadian yang berlaku jam 1.38 tengah hari semalam di Masjid Al Hasanah atau lebih dikenali sebagai Masjid Hijau, Bangi ini telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) didalam pejabat tersebut.

Gadai Maruah Isteri Kerana Judi



Bukan sahaja cerita sebegini kita lihat dalam drama TV yang dilakonkan oleh artis kita, dalam sedar tak sedar ia berlaku di alam nyata. Seorang isteri dilacurkan oleh suami sendiri akibat kalah judi. MasyaAllah..

Episod sedih hidup wanita ini bermula selepas beberapa bulan berkahwin dengan kekasih hatinya setelah kira-kira dua tahun bercinta.

6 Histeria, Lembaga Hitam Naik Bas

Keratan akhbar hari ini.

KUALA KANGSAR - Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu bas terpaksa memberhentikan bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Ipoh itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut.

Saksi yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, kejadian bermula ketika bas itu berada di Bukit Gantang apabila salah seorang daripada mereka menjerit dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama.

Hudud : Lelaki Di Potong Tangan Kerana Mencuri Di Syria

Di Syria, seorang pemuda telah ditangkap kerana mencuri dan setelah segala perbicaraan dan beliau didapati bersalah dan hukuman hudud dijalankan dengan memotong sebelah tangan beliau pada paras pergelangan tangan.

Hukuman tersebut dijalankan di bandar utama Maskanah, berhampiran Aleppo. Syria.



Friday, April 25, 2014

Update Dari Amin Idris Mengenai Fitnah Besar Terhadap Beliau

Paling terbaharu, Saudara Amin Idris, personaliti TV Al-Hijrah tampil memberikan sedikit maklumbalas mengenai kejadian yang menimpa beliau dan sedikit pembetulan dalam berita yang disiarkan media, Saudara amin menyebut :

Assalamu'alaikum semua,

Terima kasih atas komen semua. Ada yang positif, dan ada yang negatif. Saya ucap terima kasih semuanya. Untuk makluman, saya TAK PERNAH kata seperti apa yang dilaporkan di atas iaitu antaranya; "... saya melakukan beberapa pergerakan badan.."

Amin Idris Personaliti Al-Hijrah Diugut Lagi



Rentetan daripada kes yang sebelum ini yang menimpa personaliti TV Al-Hijrah Saudara Amin Idris yang ditimpa fitnah besar oleh orang yang hanya dikenalinya melalui 'Skype' yang cuba melakukan perkara luar jangkaan beliau.

Kali ini Saudara Amin Idris diugut lagi untuk memberi wang sebanyak RM20,000 ringgit kepada orang tersebut jika tidak mahu kerjayanya dimusnahkan dengan penyebaran video 'aib' yang melibatkan Amin.

Terlalu Kerap 'Jogging' Boleh Jadi Pendek Umur



Satu kajian terbaru yang dibuat oleh para Saintis di Amerika Syarikat ( AS ) menyatakan bahawa terlalu kerap berjogging boleh menyebabkan 'pendek umur'. Laporan dari www.mirror.co.uk menyebut bahawa mereka yang tidak bersenam langsung pun mempunyai jangka hayat yang pendek dan mereka yang bersenam secara sederhana saja yang mempunyai jangka hayat yang panjang.

Walau bagaimanapun, para saintis tersebut masih belum mengenal pasti apakah punca sebenar mereka yang gemar ber'jogging' ini mempunyai jangka hayat pendek, mungkin ia melibatkan kesihatan jantung.

Liang Lahad Bercahaya Semasa Mengebumikan Satu Jenazah Wanita

Ruang liang lahad yang tiba-tiba bercahaya

Subhanallah, Maha Suci Allah yang Maha Segala, di dunia lagi Dia telah menunjukkan pembalasan atas kebaikan dan pahala yang dibuat oleh hambaNya semasa hidup.

Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering yang liang lahad dikatakan telah bercahaya semasa proses mengebumikan seorang jenazah wanita yang dikenali sebagai Kak Lin.

Felixia Yeap Akan Memeluk Islam Ramadhan Ini



Syukur Alhamdulillah, itu sahaja mampu aku ucapkan bila terbaca satu berita pada hari ini mengenai seorang model yang satu ketika dahulu terkenal di majalah 'PlayBoy' iaitu Felixia Yeap.

Suatu ketika hari tu, Felixia tampil dengan imej bertudung lengkap berjubah seperti wanita melayu Islam dan terdapatlah pula perbagai tomahan dan tak kurang juga yang memuji beliau atas sifat baik tersebut. Ramai yang telah mendoakan supaya diberikan hidayah kepada Felixia dan kini ianya hampir menjadi kenyataan.

Thursday, April 24, 2014

Bau Ketiak Lelaki Mampu Kurangkan Stress Wanita??



Beberapa tahun yang lalu, bahagian Biologi Manusia di University Pennsylvania membuat kajian yang membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita menurunkan tekanan serta melancarkan perjalanan haid. 

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini, bau ketiak lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan uji kaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh tergoda dengan bau lawan sejenisnya.

Budak 13 Tahun Jadi Mangsa Lelaki Selera Songsang


Gambar Hiasan

Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin.

Mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta dan mengajaknya berbual pada awalnya.

Harta Karun Dijumpai Di Pulau Nangka Ayer Keroh

Gambar Hiasan


Terbaca satu berita pada hari ini mengenai penemuan satu tempat dipercayai terdapat Harta Karun milik kesultanan Melaka yang mungkin telah berusia beratus tahun. Kalau betul lah, maka ini menjadi sejarah dalam Malaysia menemui tempat simpanan harta karun. 

Pulau Nangka, yang terletak kira-kira 4km dari pulau ptama negeri Melaka iaitu Pulau Besar dipercayai tersembunyi satu gua yang menyimpan berbillion ringgit nilai harta karun dan kini usaha mencari nya semakin menampakkan hasil apabila satu pintu rahsia telah berjaya ditemui oleh pihak pengkaji yang dilantik oleh kerajaan Melaka.

Geng LGBT Boikot Sultan Brunei Sebab Hudud


Di Brunei, Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memboikot sebuah hotel bagi membantah dasar anti-gay selepas pemiliknya, Sultan Brunei akan memulakan hukuman rejam bagi pengamal homoseksual.

Sebelum ini, Brunei yang merancang melaksanakan hukuman hudud turut menghukum pesalah dengan cara sama bagi kesalahan jenayah termasuk liwat dan zina

Wednesday, April 23, 2014

Brunei Tangguh Perlaksanaan Hukum Hudud?

Keratan akhbar Harian Metro hari ini

Brunei mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sebatan dan rejam yang terdapat dalam hukum hudud negara itu yang sepatutnya dilaksanakan pada hari ini.
Bagaimanapun, ‘majlis perisytiharan’ syariah akan teruskan seperti yang dirancang pada 30 April untuk melancarkan fasa pertama kod keseksaan baharu.
Agensi berita AFP melaporkan, Penolong Pengarah Unit Perundangan Islam Brunei, Jauyah Zaini yang dipetik melalui akhbar Brunei Times berkata, pelaksanaan hukum itu telah ditangguhkan disebabkan oleh beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Remaja Perempuan 'FRUST' dengan 'BoyFriend' Kelar Tangan Sendiri


Rasanya ini bukan lah kes pertama yang seperti ini, dah banyak yang berlaku kes-kes kelar tangan, bunuh diri apabila kecewa dalam bercinta, kejadian seperti ini ada terjadi dikalangan para remaja kita sendiri yang pada zaman sekarang terlalu banyak kita lihat, hatta yang masih bersekolah, menengah mahupun rendah.

Kes-kes sebegini juga selalu terjadi apabila kurangnnya didikan agama, perhatian dari ibu bapa dan sebagainya. Memang benar Demi Cinta Lautan Api pun sanggup diredah, tapi lautan air pun belum tentu dapat kau orang renang sampai ke darat.

14 Petua Mencari Isteri Cantik

Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci, sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini
Gambar-Wanita-Sholehah-Cantik
Gambar Hiasan
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:
1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

Bawa 'Itik Gembo' Bersiar-siar



Biasanya kita tengok orang bawa anjing, kucing berjalan-jalan, kali ini ada sedikit yang pelik, ataupun lebih unik bila seorang lelaki ni membawa 2 ekor itik bersiar-siar di laluan pejalan kaki.

Wanita Yang Dirogol Patut Digantung Sampai Mati????


Dalam dunia ni semua orang tahu mengenai istilah 'Rogol' ataupun dinamakan seks paksa yang biasanya berlaku keatas wanita yang menjadi mangsa jenayah seksual ni. Dinegara kita, kita melindungi wanita-wanita yang teraniaya seperti ini, tapi berita yang terbaru ni amat mengejutkan aku bila membacanya. apabila ada statement yang keluar mengatakan wanita yang dirogol patut digantung bersama-sama perogol. Gila??

Seorang senior member parti sosial di India Abu Azmi, mengatakan beliau menghendaki apabila seorang wanita telah dirogol atau dipaksa melakukan seks, maka hukumannya adalah digantung sampai mati bersama-sama si perogol.

Tuesday, April 22, 2014

Setia Sampai Hujung Nyawa



Tertarik aku dengan salah satu berita yang disiarkan dalam Harian Metro hari ini, mengenai pasangan warga emas yang berasal Ohio yang kekal bersama hingga ke akhir hayat. Yang paling menyayat hati adalah bilamana si Suami, Cody turut meninggal 15 jam selepas Isteri beliau Helen Flumlee meninggal dunia. Boleh lah jika aku katakan ini 'Setia Sampai Hujung Nyawa'.

Perhatian : Kes Penipuan Pakej Haji & Umrah



PENIPUAN PAKEJ HAJI DAN UMRAH 

SCAM ALERT : Pihak Polis menasihati orang ramai terutamanya golongan yang ingin mengerjakan ibadah haji dan umrah ini supaya berhati-hati semasa berurusan dengan individu mahupun sindiket yang menawarkan pakej perkhidmatan mengerjakan haji atau umrah. Antara modus operandi mereka ialah :

Pulau Paling Berhantu DiDunia Hendak Dijual, Ada Yang Berminat??



Di mana pulau paling seram dan dengan hantu terbanyak di dunia ? Jawapannya ada di Itali .

Poveglian , nama pulau tersebut , adalah bekas tempat pembuangan bagi orang - orang yang mengalami kelainan jiwa yang terletak di Tanjung Venice , pulau ini dikhabarkan dihuni para hantu gentayangan terbanyak di dunia .

Sekitar 50 peratus debu dan tanah di pulau tersebut merupakan debu dan abu pembakaran manusia yang mati disana