![]() |
Gambar awal rupa bentuk tandas berkenaan. |
Bangunan tandas yang terletak dalam kawasan Lotus Desaru Beach Resort, pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia dibina menyerupai masjid dan ia seperti menghina agama Islam dengan rekabentuk sebegitu, siap berkubah.
Pemeriksaan lanjut, mendapati bangunan berkenaan memang memiliki kubah bagaimanapun ia telah wujud sejak tahun 90-an lagi di resort berkenaan tapi mungkin ia kurang menarik perhatian orang awam kerana tidak betigu menonjol.
Bagaimanapun, baru-baru ini pihak resort ingin memperindahkan lagi bangunan itu dan sejak itu ia menjadi perhatian orang ramai dengan corak binaan ala-ala Maghribi yang ditonjolkan melalui kubah berkenaan.
Menurut kakitangan itu, pihaknya menyedari kontroversi berkenaan pagi tadi apabila ia tersebar di internet dan beliau berkata pihak resort sudah pun bertindak menanggal dan menurunkan khubah berkenaan.
![]() |
Kubah telah ditanggalkan. |
Katanya, pihak Jabatan Agama Islam Johor juga sudah hadir dan melihat bangunan itu ekoran kontroversi berkenaan.
KOMEN ANDA