98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Monday, May 19, 2014

Ustaz Azhar Idrus ( UAI ) Difitnah?? MJMM Gesa UAI Buat Laporan Polis


Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis terhadap satu kenyataan pengguna laman Facebook, Maryam Mazlieynna Mazlee yang mendakwa dirinya telah diraba dan diajak melakukan persetubuhan haram oleh pendakwah bebas popular, Ustaz Azhar Idrus.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, dakwaan yang dibuat gadis tersebut dilihat mampu menjatuhkan reputasi serta pengaruh Ustaz Azhar sebagai seorang penceramah agama yang disegani ramai.

Oleh itu, pihaknya menggesa agar Ustaz Azhar tampil membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan salah laku moral membabitkan dirinya.

“Saya menyeru dan menggesa Ustaz Azhar atau menghantar wakil untuk membuat laporan polis dan dihebahkan untuk menafikan perkara ini,” katanya ketika ditemui MYNEWSHUB.MY selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, gadis tersebut tidak seharusnya menulis tuduhan itu di dalam blog mahupun Facebook untuk memburuk-burukkan Ustaz Azhar iaitu seorang ulama yang hebat, yang mungkin difitnah dengan pertuduhan itu.

“Tidak mungkin seorang ustaz yang warak dan ramai pengikut malah saya juga salah seorang daripada peminat beliau, dituduh sebegini rupa,” katanya.

Ustaz Azhar Idrus ( UAI )


Sehubungan itu, Abdul Rani menyarankan agar pihak bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara ini dan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terbabit.

“Jika tidak dipadam (kenyataan Maryam), ia akan dibaca oleh generasi akan datang dan penyebaran ini sekali gus akan merosakkan nama Ustaz Azhar,” katanya lagi.

MYNEWSHUB.MY sebelum ini pernah melaporkan perihal status Maryam di Facebook yang menulis, “ini bukan fitnah benar-benar berlaku! Tanya UAI untuk kebenarannya. Percayakah kalau aku kata UAI pernah nak ‘tackle’ aku siap ‘booking’ bilik hotel. Dia ingat dia siapa? Pergi jahanam dengan UAI”.

-MYNEWSHUB.MY

KOMEN ANDA

Wednesday, May 7, 2014

Wanita Di Sumpah Jadi Batu Di Paloh, Johor

Gambar wanita yang seakan berbogel yang telah menjadi batu


Satu berita yang agak mengejutkan diterima  mengenai seorang wanita ditemui menjadi batu didalam ladang kelapa sawit akibat disumpah oleh suami nya.

Menurut sumber, wanita itu dikatakan telah berlaku curang kepada suaminya dan disumpah menjadi batu semasa sedang asyik bermadu asmara bersama teman lelaki nya di ladang kelapa sawit.

Video : Kanak-Kanak Nyaris Dilanggar 2 Kereta

VIDEO: Cuai…Kanak-Kanak Nyaris Dilanggar Kereta
HANYA beberapa saat sahaja yang memisahkan kanak-kanak ini daripada maut.

Dalam kejadian yang dikongsikan di di Facebook The Real Singapore ini, seorang kanak-kanak berusia sekitar dua tahun tiba-tiba berlari ke tengah jalan raya.

Mujurlah pemandu ini berjaya menghentikan kenderaannya daripada melanggar kanak-kanak tersebut.

Ihsan : Adik Ni Perlukan Bantuan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera,

Posting ini sebenarnya telah di post oleh brader Sham Kamikaze didalam Page FB beliau malam tadi mengenai seorang hamba Allah yang menghantar mesej kepada beliau memohon bantuan untuk anak kecil dibawah ini yang menghidap penyakit saraf. Dengan kos perubatan yang semakin tinggi, kedua ibu bapa si kecil ini tidak mampu untuk menanggungnya dan memohon bantuan.



Marilah kita sama-sama turut membantu, sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga adik ini.

Tuesday, May 6, 2014

Suara Misteri Di Flora Damansara??

AUDIO: Suara Misteri Di Flora Damansara

BEBERAPA minggu lalu, beberapa rakan telah berkongsi rakaman suara aneh yang didengari oleh penduduk apartmen Flora Damansara di Damansara Perdana menerusi laman Facebook.

Penulis sendiri pernah menyewa di salah sebuah blok di kediaman tersebut kira-kira dua tahun lalu, namun tidak pernah melalui sebarang pengalaman yang menakutkan.

Seniman Aziz Satar Meninggal Dunia



Kuala Lumpur: Seniman negara, Datuk Abdul Aziz Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Menurut anak perempuannya Sandakiah Aziz, turut berada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhirnya adalah dua anak, menantu dan cucu.

Monday, May 5, 2014

Gempar : Tandas Dibina Menyerupai Masjid

Gambar awal rupa bentuk tandas berkenaan.

Bangunan tandas yang terletak dalam kawasan Lotus Desaru Beach Resort, pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia dibina menyerupai masjid  dan ia seperti menghina agama Islam dengan rekabentuk sebegitu, siap berkubah.

Pemeriksaan lanjut, mendapati bangunan berkenaan memang memiliki kubah bagaimanapun ia telah wujud sejak tahun 90-an lagi di resort berkenaan tapi mungkin ia kurang menarik perhatian orang awam kerana tidak betigu menonjol.

Saturday, May 3, 2014

Remaja Gembira Tikam Nenek 57 Kali



“SAYA membunuhnya dan gembira melakukannya”. Itu kata-kata seorang remaja sewaktu tiba di sekolah dengan pakaian yang berlumuran darah selepas menikam neneknya sebanyak 57 kali sehingga mati.

Dalam kejadian yang berlaku di selatan-barat Atlanta pada Jumaat minggu lalu, Charles Price, 14, menikam Mary Price, 76, di kediamannya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Video : Cubaan Rasuah Polis Gagal Dan Provokasi Pemandu


Macam-macam cabaran anggota polis dalam melakukan pekerjaan pada hari ini.

Dalam video dibawah dapat dilihat seorang pemandu cuba memerangkap angggota polis yang menahannya dengan menawarkan rasuah sebanyak RM100, namun cubaannya itu ditolak oleh seorang anggota polis tersebut.

Butik Fareeda Diserbu Gara-Gara Tudung ‘Fareeda Noura’



Butik Fareeda baru- baru ini telah melancarkan rekaan tudung terbaru yang dinamakan Fareeda Noura.

Menurut sumber, tudung Fareeda Noura itu dijual pada harga promosi iaitu sekitar RM120 sehelai dan promosi itu dilakukan hanya 1 hari sahaja, dan dilihat, fesyen terbaru ni mendapat sambutan yang agak luar biasa. 

Friday, May 2, 2014

Daging Lembu Palsu???



Di China, daging lembu pun palsu?? baca ni

Pasukan polis di wilayah Xi’an di China melaporkan mereka telah menemui dan merampas 22 tan daging lembu paslu daripada sebuah kilang tempatan.

Daging lembu palsu oti sebenarnya berasal dari daging babi yang lebih murah dari lembu.

5 Tahun Tidak Makan



SEORANG gadis dari Cheltenham, England terpaksa melupakan nikmat makan sejak lima tahun lalu selepas disahkan menghidap penyakit ‘gastroparesis’ yang menyebabkan otot perutnya lumpuh.

Ayllah-Beau Foley, 19, kini hanya bergantung dengan tiub kecil yang membekalkan nutrien yang disambungkan terus ke jantungnya.

Penyakit pelik itu dikesan selepas Ayllah kembali dari projek sukarelawan di India.

Peliwat Terima Balasan, Diliwat 20 Banduan Di Dalam Penjara



Pepatah menyebut, Hutang Darah Dibayar Darah, lain pula cerita dibawah ni,

Seorang jurulatih seni mempertahankan diri di Brazil menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya memukul, meliwat dan membunuh anak tirinya apabila dia pula yang diliwat dan dibelasah oleh 20 banduan lain di penjara.

Daryell Dickson Meneses Xavier mengalami kecederaan parah di seluruh tubuhnya terutama di bahagian dubur akibat perbuatan ganas para banduan itu.

Teladan : Kisah Pelacur Dan Anjing



KISAH SEORANG PELACUR YANG MASUK SYURGA KERANA MEMBERI MINUM SEEKOR ANJING.

Kisah ini berlaku sebelum zaman Nabi Muhammad lagi.. ada pelbagai versi cerita yang berbeza tapi membawa maksud yang sama dalam kisah seorang pelacur yang masuk syurga kerana menolong seekor anjing.. menurut banyak pendapat, kisah ini berlaku pd zaman Nabi Isa. pada suatu hari, seorang pecur berjalan di tanah yg gersang.. tekaknye begitu haus hingga dia hilang tenaga untuk berjalan lagi.. dlm keletihannya itu, dr jauh dia nampak ade lopak air kecil dengan air yg sedikit. lalu die menuju ke arah lopak itu dan menggunakan kasutnya untuk menceduk air itu. ketika dia hendak meneguk air itu, bajunya d tarik2 dr arah belakang. dia menoleh dan nampak seekor anjing sedang menjelirkan lidahnya dan nampak begitu tidak berdaya. dia sangat kasihan melihat anjing yang kelihatan sangat dahaga itu. lalu air yang hendak d teguknya tadi d hulurkan pada mulut anjing itu untuk di minum.. anjing itu pun kembali bertenaga. akan tetapi, wanita pelacur itu terus rebah lalu mati.

Kisah Nabi SAW Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan

Gambar Hiasan*

Kisah Nabi Muhammad Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan – Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad SAW meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”

Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. Iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”

Brunei Haramkan Penggunaan 19 Perkataan Untuk Bukan Islam


Seperti yang kita ketahui, Brunei Darussalam kini telah pun menguatkuasakan undang-undang hudud di negara itu bermula semalam.

Dan terbaharu, Sultan Brunei juga menitahkan untuk mengharamkan 19 perkataan dari digunakan oleh orang bukan Islam di negara itu. Undang-undang ini juga akan dikuatkuasakan didalam bulan ini. Antara perkataan-perkataan tersebut adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.

TANDA HIDUP TAK BERKAT

Gambar Hiasan

Kita tidak mungkin tahu bahawa hidup kita ini tidak berkat. Begitu juga jikalau hidup kita ini berkat. Bagaimana kita mahu tahu jika hidup ini berkat dan jika hidup ini tidak berkat?

Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit banyak, tapi cepat habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.