98e23aa675c0d04529fb65dd91cc2746218ea7a7

Tuesday, June 16, 2015

Imam Mekah Datang Ke Kuala Lumpur pada Ramadhan 2015


Sempena Bulan Mulia Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelma ni ada satu berita menarik yang ingin aku tulis disini, Imam Masjidil Haram iaitu Abdurrahman bin ‘Abdil ‘Aziz as-Sudais akan mengimamkan solat Isyak dan solat Tarawih di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur, dalam pengisian utama Iftar@KL 2015. Menarik, sudah pastinya ramai umat Islam yang tak ingin melepaskan peluang ini untuk bersolat bersama imam Mekah.

Mengikut sumber yang dibaca, beliau akan bersama-sama rakyat Malaysia pada 4 Julai 2015 iaitu bersamaan 20 Ramadhan 1436.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

KOMEN ANDA

Video : Rakaman perbualan seorang mangsa cubaan 'SCAM' melalui SMS.

Video berikut adalah satu rakaman perbualan salah seorang saudara kita yang telah merakam perbualannya dengan salah seorang PENIPU besar ( SCAMMER ) yang kononnya mengatakan bahawa mangsa ini telah memenangi hadiah cabutan bertuah dari pihak SHELL MALAYSIA.

Akan tetapi, alangkah malu nya apabila ter'kantoi' yang saudara kita ni adalah pekerja ( staff ) SHELL MALAYSIA.

Apa yang cuba disampaikan oleh beliau adalah teknik dan cara-cara SCAMMER ini menipu mangsa, supaya masyarakat diluar sana tahu, dan tidak akan mudah tertipu oleh sindiket serupa ini.

Sama-sama kita dengarkan ( terdapat bahasa-bahasa kasar diakhir perbualan 13 SG ).



Terima kasih encik Johan atas perkongsian berguna anda. Semoga apa yang disampaikan tu dapat membantu orang lain supaya tidak mudah tertipu.

KOMEN ANDA

Thursday, June 11, 2015

Lelaki Dibakar Hidup-Hidup Ketika Solat?

Gambar ini dipercayai seorang lelaki yang masih meneruskan solat walaupun badan dijilat api.

Kisah seorang lelaki yang bersolat dibakar hidup-hidup dan masih meneruskan solat  nampaknya tersebar luas di internet. Namun kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan 100%.

Monday, June 8, 2015

Gempa Sabah : 19 nama mangsa didedahkan


Senarai nama 19 mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu disiarkan di dalam bilik operasi dan menyelamat. Seorang mangsa dari Singapura bernama Prajesh Dhiman Patel, 12, dilaporkan mengalami kecederaan serius. Dua mayat terawal yang dibawa turun dari kawasan pergunungan itu oleh malim gunung adalah pelatih gunung, Robbie Sapinggil, 30, dan pelajar dari Singapura, Wee Ying Ping Peony.

AWAS! SCAM Belian Barang Online.

Kalau hari tu aku menerima panggilan SCAM yang kononnya aku telah memenangi hadiah cabutan bertuah dari kompeni Shell Malaysia yang mana aku telah rakam perbualan dan jadikan ia satu video untuk tatapan pengguna2 internet yang lain, dan Alhamdulillah, sedikit sebanyak mereka tahu dan mungkin selepas ni takkan mudah lagi untuk terjerat dengan sindiket macam ni. ( KLIK SINI untuk Entri tersebut ).

Dan, pada hari semalam aku digeletek sekali lagi dengan Fraud Scammer melalui belian barangan online. Pada hari sebelumnya aku ada mengiklan satu benda di Mudah.my dan juga di Lelong.com, baru beberapa minit iklan aku approve dan disiarkan, aku dah dapat satu mesej di WHATSAPP, dari nombor telefon yang kita semua kebanyakan nya tahu ianya bukan dari Malaysia , nombornya bermula dengan (+234 ) 815 332 8245 ) sempena itu, ingin sekali aku kongsikan beberapa snapshots perbualan aku dengan mamat ni, Oleh kerana perbualan kami agak panjang maka aku akan ambil point2 penting sahaja untuk pengetahuan pembaca sekalian.

Mesej seperti seorang Serious Buyer