Kalau hari tu aku menerima panggilan SCAM yang kononnya aku telah memenangi hadiah cabutan bertuah dari kompeni Shell Malaysia yang mana aku telah rakam perbualan dan jadikan ia satu video untuk tatapan pengguna2 internet yang lain, dan Alhamdulillah, sedikit sebanyak mereka tahu dan mungkin selepas ni takkan mudah lagi untuk terjerat dengan sindiket macam ni. ( KLIK SINI untuk Entri tersebut ).
Dan, pada hari semalam aku digeletek sekali lagi dengan Fraud Scammer melalui belian barangan online. Pada hari sebelumnya aku ada mengiklan satu benda di Mudah.my dan juga di Lelong.com, baru beberapa minit iklan aku approve dan disiarkan, aku dah dapat satu mesej di WHATSAPP, dari nombor telefon yang kita semua kebanyakan nya tahu ianya bukan dari Malaysia , nombornya bermula dengan (
+234 ) 815 332 8245 ) sempena itu, ingin sekali aku kongsikan beberapa snapshots perbualan aku dengan mamat ni, Oleh kerana perbualan kami agak panjang maka aku akan ambil point2 penting sahaja untuk pengetahuan pembaca sekalian.
 |
Mesej seperti seorang Serious Buyer |